Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-
KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik.Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak..antaranya:-
KEBANYAKKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lbh drpd cukup susu.Alasan biasa bayi tidak mendapat susu krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.
TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak dpt susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran,payudara anda tidak mengelurkan susu yg banyak.yg hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yg pekat.
BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DI SETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun,perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'.Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara,dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur,serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara,maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.
BAYI YG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susuibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi.
BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin ketika dlm kandungan)
IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu menglindungi bayi daripada jangkitan.Membasuh puting sebelum menyusukan mmbuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan dari puting.
MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Berapa byk susu yg boleh dipam bergantung kpd banyak faktor paras tekanan si ibu.Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih byk susu berbanding yg dipam oleh ibu.
WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu,penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil krn puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain, tetapi dr segi perubatan tiada sbb utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.
JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH,IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik utk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susuibu. Hentikan makanan lain buat sementara..tetapi teruskan penyusuan.
LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bg sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dgn betul.Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yg teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu.
Jadi, jangan terus membuat anggapan yang salah terhadap kemampuan diri anda untuk menyusukan anak anda dengan susu ibu. Sesungguhnya kita semua golongan ibu mampu menjayakan penyusuan susu ibu.
lagi info tentang penyusuan bayi di SIHAT SELALU - Masalah Penyusuan Bayi
ReplyDelete