salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, June 14, 2011

Kenapa perlunya air

Allah jadikan sesuatu itu tidaklah sia-sia. Maka bagi mereka yang mengkaji pasti dapat melihat setiap hikmah. Allah ciptakan bumi dan dikelilingi laut yang luas. Menekankan betapa pentingnya air dalam aspek kehidupan. Bila sakit, masuk hospital doc masukkan air, bila memasak guna air, bila rumah terbakar bomba pancut air, kehidupan perlu air dari makanan....menunjukkan air itu sangat penting.

Berapa L sehari nak minum? Minimum 2 L sehari supaya kepekatan darah sentiasa seimbang dengan apa jua makanan yang masuk dalam badan. Minimum 3 L bagi yang amik supplement.

Air kosong adalah terbaik supaya dapat menyingkirkan toksin dari badan, menstabilkan kepekatan darah, dan melancarkan penyerapan vitamin.

Mereka yang kurang air dalam badan, antara tandanya ialah dahaga, cepat marah, melenting, tak boleh kawal perasaan...suka kritik tapi tak boleh dikritik.
 
Macam mana nak kira berapa banyak badan kita perlukan air?
Berat Badan in pound (lb)/2 = Keperluan air in ounces

1 ounces = 28 ml..

contoh: seorang wanita yg beratnya 60kg ~ 120 lb

120 lb/2 = 60 fl oz = ~ 2 L

Jadi secara scientificnya pun terbukti keperluan air mengikut nisbah berat badan..dan lebih air diperlukan utk yg ambil supplemen. Jadi harap semuanya jelas. 


(Tq to Kak N and Iffa Anuar)

No comments:

Post a Comment