salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, June 27, 2011

Sambutan Hari Susu Ibu peringkat MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya)

Sambutan Hari Susu Ibu peringkat MPSJ (Majlis Perbandaran Subang Jaya) 
dengan kerjasama Puspanita MPSJ dan Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBFPC) akan diadakan seperti tarikh, tempat, masa, dan bayaran seperti berikut:

              Tarikh : 16 Julai 2011 (Hari Sabtu)
               Lokasi : Kompleks 3C, Bandar Sunway (Pusat Perkembangan Kanak- Kanak) map dilampirkan
               Masa: 8..30 pagi hingga 1.30 tengahari







MASA

ATURCARA
8.30 Pagi
  • Ketibaan Para Jemputan
9.00 Pagi
  • Ceramah tentang kebaikan susu ibu kepada anak, ibu dan komuniti
10.00 Pagi
·         Pertandingan Mengendong Bayi

10.30 Pagi

·         Pertandingan Bayi merangkak kepada Ibu
10.45 Pagi
·         Pertunjukan  Fesyen Ibu Menyusu

11.15 Pagi
  • Ketibaan Dif-Dif Kehormat

11.30 Pagi
  • Ucapan Alu-Aluan oleh:
Presiden Puspanita MPSJ

  • Ucapan Alu-Aluan dan Tema Penyusuan oleh:
“ Chief Knowledge Officer of Nurturing Concepts Sdn Bhd”
 Puan Nor Kamariah Binti Mohamad Alwi
  • Ucapan Perasmian oleh:
Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya
Y.B Hannah Yeoh
1.00 Tghr
·         Penyampaian pemenang Bayi Merangkak kepada Ibu
·         Penyampaian pemenang Mengendong Bayi
·         Penyampaian pemenang Fesyen Ibu Menyusu
·         Penyampaian Anugerah Ibu Menyusu Berjaya

1.30 Tghr
·         Majlis bersurai

No comments:

Post a Comment