salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, September 30, 2011

Kenapa Vitamin C Wajib Ada

Vitamin C adalah salah satu favourite saya, sebab bila saya selsema, just double-up intake vitamin C, insyaAllah beransur sembuh..Memang saya tak nafikan pentingnya vitamin C dalam diet harian saya. Satu lagi, saya nie jenis yg malas makan buah..saya sukan makan buah tu, tapi ntah kenapa la penyakit malas tu ada plak..kalo dah terhidang tu, lajula saya makan..So, kenapa Vitamin C ni penting..? Jom kita study sikit..
  • Kepentingan

    Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
    • Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
    • Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
    • Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
    • Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
    • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
    • pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting. 
    • mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
    •  meningkatkan penyerapan zat besi. 
    •  mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
    • agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
  • Kekurangan

    Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
    • Skurvi (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
    • Kurang daya tahanan
    • Pendarahan gusi. 
    • Lemah badan.
    • Sakit-sakit dan sengal badan
    • Anemia
  • Sumber

    Sumber Vitamin C yang baik adalah :
    • Jambu batu
    • Betik
    • Belimbing
    • Mangga
    • Buah Sitrus (Limau)
    • Sayuran berdaun hijau
    • avocado
    • black currants
    • kobis bunga
    • anggur
    • kubis
    • lemon
    • mempelam
    • biji sawi hijau
    • bawang
    • oreng
    • betik
    • kacang peas hijau
    • nenas
    • bayam
    • strawberri
    • tomato
  • Keracunan
    • Cirit birit
    • Ganguan gastro usus
    • Pembentukan batu karang (ginjal)
    • Penambahan asid urik Jadi

Wednesday, September 28, 2011

Kenapa Vitamin C perlu dipatah dua?

Bagi yang sudah memilik Vitamin C SHAKLEE, pati anda perasan di botol vitamin C 500mg Shaklee tertulis perkataan Sustained released? Apa maksudnya? Ia memnerangkan bahawa sebiji vitamin C Shaklee mengandungi 500mg vitamin C dan ianya dirembeskan secara perlahan-lahan dalam badan mengikut keperluan badan kita. Ia sangat bagus kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi.


Namun apabila kita demam dan selsema, anda dinasihatkan agar mengambil sebanyak dua biji vitamin C iaitu sebiji waktu pagi dan sebiji lagi waktu malam. Selain itu juga, anda boleh mengambilnya secara dipatahkan kepada dua bahagian sebelum ditelan. Untuk apa ya? Ianya untuk memastikan agar vitamin C itu merembeskan kesemuanya vitamin C 500mg. Ini kerana semasa kita sakit badan kita memerlukan vitamin C pada kadar yang lebih tinggi dari biasa.

Jadi, lepas ni..bolehlah cuba sendiri keberkesanannya pada diri anda. Selamat Mencuba.

Berminat untuk konsultasi lanjut, boleh hubungi saya di 019-3160078.

Monday, September 26, 2011

Vitamin E untuk kesuburan

Sumber: 
 
Kepada anda yang masih dalam proses untuk menghadapi kehamilan, mungkin anda boleh mencuba Vitamin E. Ini kerana vitamin E merupakan salah satu jenis vitamin yang layak dan tidak boleh anda lupakan.

Mengapa?
Vitamin E sudah lama dikenal sebagai salah satu antioksidan yang mampu mengawal radikal bebas yang merupakan penyebab kepada kerosakan dalam sistem tubuh. Ia penting supaya kesihatan badan dapat lebih terjaga dan fungsi kerjanya pun dapat lebih dioptimalkan. Ia sangat berguna untuk jaringan reproduksi terutamanya, yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sperma kerana vitamin E terbukti mampu untuk melindungi membran sperma dari mengalami kerosakan akibat oksidasi. Di mana salah satu faktor yang perlu kita ketahui, rosaknya DNA sperma merupakan salah satu penyebab terjadinya ketidaksuburan.
Kekurangan vitamin E juga berpengaruh pada turunnya produksi enzim dan hormon-hormon kunci yang bertanggungjawab pada pembentukan sperma.

Pada beberapa kajian yang dijalankan telah ditemui bahawa adanya peningkatan kesuburan sebanyak 20% pada sejumlah kaum lelaki yang sebelumnya tergolong dalam kumpulan yang tidak subur setelah diterapi dengan vitamin E. Peratus peningkatan ini adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan terapi kesuburan sejenis yang sering dilakukan. 

Dengan kata lain, vitamin E mampu meningkatkan potensi sperma sebanyak 2-5 kali ganda dibanding mereka yang tidak mengamalkannya. Vitamin E juga memberikan kesan yang positif yang sama pada tahap kesuburan wanita.

Dos yang dicadangkankan adalah sebanyak 400 IU untuk dikonsum per hari. Ia boleh diambil bersama dengan vitamin C, namun penggunaannya perlu di bawah pengawasan doktor apabila anda mengalami salah satu dari masalah yang berikut:
  • anemia
  • hiper-tiroid
  • liver
  • hipertensi/ darah tinggi
  • tahap kepekatan darah tinggi
  • sedang mengambil aspirin
TIPS PENTING:Untuk lebih mengoptimalkan hasil yang dicapai, vitamin E perlulah diamalkan bersama dengan pasangan anda.

Saturday, September 24, 2011

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang SHAKLEE Sebelum Anda Cuba


1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halal dalam label Sijil Halal di blog ini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, kerana vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.Di samping itu juga, jika anda mengambil alfalfa, ia turut mengandungi klorofil.

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu, untuk memastikan badan anda boleh menerima keserasian dengan supplement yang anda makan.

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari kurangnya pengambilan air. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. Untuk mendapatkan keserasian dengan apa yang kita makan, memang sangat  memerlukan masa.

6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan. (Anda juga boleh makan seisi rumah)

7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh. Kelak, mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri.

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana Shaklee branch?
Jawapan: Boleh. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan harga istimewa.

10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.

12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Jadi, selamat mencuba. Hubungi saya untuk konsultasi PERCUMA di 019-3160078

Wednesday, September 21, 2011

Entry saya amik dr Kak N, tentang pengalamannya melahirkan anak secara ceaser ( sebab saya xde experience niey..)..Ikuti kisah Kak N dan supplement yg beliau amalkan sewaktu proses berpantang..

Masih teringat 4 tahun dulu....masa Nasa masih dalam pantang. Waktu tu bulan raya dan saya terlalu excited makan kuih raya dan tat nenas menjadi pilihan saya. Bila makan tidak berpada...dan lupa yang diri tu menyusukan anak....yang merana si kecil la. Perut dia jadi meragam....bila ditanya pada mak bidan, makcik Maznah menjawab, nenas tu tajam...anak memang sakit perut sebab bisa nenas tadi. Lepas tu bidan saya terus berikan beberapa senarai makanan yang saya harus elakkan demi niat nak menyusukan anak. Selain nenas, ikan berduri juga tidak digalakkan. Sebab apa yang si ibu makan anak akan dapat sama bila anak itu menyusu sepenuhnya dengan susu badan ibunya.

Memula tu bidan saya tak percaya dengan vitamin terutama melihat banyak botol vitamin yang saya letakkan di meja makan untuk senang saya ambil selepas waktu makan. Tetapi  beliau mula percaya apabila berat Nasa naik 2kg setiap bulan sehingga 3 bulan yang pertama.

Memang perkembangan Nasa hebat berbanding Addin. Mana tidaknya....kelahiran Nasa adalah melalui proses ceaser yang kedua bagi saya. Sudah pasti saya nak jahitan dalaman saya elok seterusnya penghasilan susu yang memberansangkan.

Masa dalam pantang saya amalkan makan vitalea 2 biji sehari, pagi dan malam. Memang disarankan pada botol 2 biji sehari tetapi bagi mereka yang sihat, sebiji dah memadai. Saya makan 2 biji masa dalam pantang sebab
1. saya perlukan cukup zat besi untuk gantikan kehilangan darah masa proses kelahiran anak.
2. saya tak makan makanan laut yang tinggi zat besi masa dalam pantang sebab takut protien makanan laut yang tinggi boleh hasilkan rasa gatal dan luka nanah dibahagian jahitan.
3. Saya pastikan badan saya mempunyai cukup vitamin dan semua garam galian yang diperlukan.
4. Saya menjaga diri saya dan anak semasa dalam pantang, maka saya perlu pastikan saya sihat dan kuat.
5. Saya nak pastikan jahitan dalaman saya benar-benar sembuh.

Tapi lepas habis pantang, saya amalkan vitalea sebiji sehari sahaja...pernah satu masa tu saya miss makan vitalea. Seminggu asyik pening dan rasa nak pitam. Bila check ngan doktor, kurang darah...mana taknya, ibu breastfeed memang perlukan zat besi. So doktor kata saya perlukan multivitamin dengan zat besi. Then saya jawab, tak pe doktor rumah saya ada multivitamin. Doktor tanya lagi..." Adakah mutlvitamin puan ada termasuk zat besi?" Saya mengangguk tanda ada. Ditambah saya bf Nasa masa tu yang berumur setahun lebih, so doktor pesan jangan tinggal multivitamin dan b com supaya tekanan darah saya stabil di samping anak pun dapat khasiat dari vitamin yang saya amalkan.

Masih ingat pertemuan dengan pakar kanak2 Dr Cheah....beliau sendiri berpendapat, sekiranya ingin meneruskan penyusuan susuibu sehingga 2 tahun, pastikan pengambilan zat besi dititikberatkan demi perkembangan dan pertumbuhan anak. Dr Cheah mengatakan bahawa biasanya selepas 6 bulan, kandungan zat besi dalam susuibu semakin berkurang disebabkan corak pemakanan si ibu yang tidak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan. Apabila ini berlaku kesannya ialah pertumbuhan anak akan terbantut dan oleh kerana inilah ramai anak yang mempunyai berat yang tidak ideal dengan umur mereka. Namun pada sesetengah pendapat asalkan anak aktif , berat tidak menjadi masalah. Walaubagaimanapun sebagai ibu , kita bukan sahaja perlu prihatin dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal anak, tetapi kita juga perlu prihatin dengan perkembangan minda mereka. Berat yang ideal membantu pembesaran dan pertumbuhan otak yang sihat dan cerdas.

Sejak saya konsisten makan vitalea, saya tak de lagi masalah nak pengsan ke, nak pitam ke....alhamdulillah. Memang saya puashati la. Malah ramai ibu2 yang mengandung yang adalah masalah hb rendah...selepas disarankan amalkan set A [ set optimum] mereka sangat puashati kerana taraf kesihatan mereka meningkat dengan baik.

Pada saya, selama 11 tahun dah amalkan vitamin Shaklee, ini antara KILLER produk yang paling di minati ramai!




Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral

Multi yang Hebat

Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki.  Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.  Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*
  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*
  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*
  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
Perbezaan Shaklee
Kemajuan Saintifik
  • Disokong oleh tujuh kajian klinikal
Mengandungi Sistem Penyerapan Bioaktif
  • Teknologi salutan mikro membantu dalam pembebasan segera di dalam perut untuk meningkatkan penyerapan asid folik dan vitamin B penting yang membantu menghasilkan dan memelihara sel-sel baru. 
Kualiti yang luar biasa

  • Lebih daripada 340 ujian kualiti dilakukan setiap kali Vita-Lea dihasilkan
Ia mengandungi;

Vitamin D - Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat*
Beta Karotena - Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi*
Vitamin E - Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi*
Kalsium - Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot*
Boron - Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang*
Magnasium - Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung*
Biotin - Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak*
Lain-lain - Tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, warna dan bahan pengawet*


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh hubungi saya di 019-3160078.

Monday, September 19, 2011


 Date :    September 24, 2011 (Saturday)
 Time :    10.00 am to 12.30 pm
 Venue :   Dewan Pantai, Ground Floor - Block C
  Pantai Hospital Kuala Lumpur
   8, Jalan Bukit Pantai, 59100 KL

 
PROGRAMME

10.00am - 10.30am  :  Registration
10.30am - 11.10am    :  “To Breast Or Not To Breast”  
                                         Dr. Premitha Damodaran, Consultant Obstetrician & Gynaecologist 
11.10am - 11.20am     :  Q & A Session
11.20am - 11.50am    :  “Skin To Skin” 
                                         Ms Elizabeth Pitchaimuthu, Lactation Consultant
 11.50am - 12.00pm   :  Q & A Session
12.00pm - 12.30pm  :  Refreshments  /  End 

RSVP : Please call Ms Hema at 03 - 2296 0773 or Ms Kiran at 03 - 2296 0610

Friday, September 16, 2011

Tanderm Nursing

Dulu, saya sendiri tak tau pun apa itu Tanderm nursing..memang tak pernah dengar langsung..Tapi, semenjak menyusukan anak yang ketiga ni, barulah saya tau apa bendenye Tanderm nursing nie..Dan saya pasti ramai ibu di luar sana yang juga tak pernah dengar istilah ni, sama dengan saya dulu..betul tak..

So, Tanderm nursing adalah kaedah menyusukan 2 orang anak secara serentak, atau mengeluarkan susu secara serentak dari kedua-dua belah payudara anda..Itu dalam bahasa yang saya faham la..Harap anda pun faham apa yang saya cakapkan niey..

Kaedah ini boleh anda lakukan sekiranya, anda masih mempunyai anak yang masih menyusu badan, then anda pregnant dan seterusnya melahirkan anak. So, kedua-dua anak boleh disusukan. Sementara itu, anda perlu berterima kasih kepada anak yang tua kerana dia sebenarnya bertindak sebagai pam semula jadi dalam menghasilkan lebih banyak susu untuk keperluan seterusnya. Inilah kunci kejayaan tandem nursing. Lebih daripada itu, dia membantu mengurangkan masalah bengkak payu dara yang biasa terjadi di awal kelahiran bayi baru sekali gus mempercepatkan pengecutan rahim. Bagi si kakak/abang yang masih menyusu, ini akan membantu anda mengurangkan bengkak susu kerana dia menghisap dengann lebih cepat berbanding adiknya.


Atau jika anda mempunyai anak kembar, so, kaedah ini juga praktikal untk anda. Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra-matang. Ini kerana anak yang lebih tua akan meransang payudara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir untuk mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus.


Bagaimana caranya?

Bagi saya, kaedah untuk melaksanakan Tanderm Nursing nie, lebih kepada kreativiti dan keselesaan masing-masing...
Antaranya, anda boleh buat begini..

Atau begini..



dan juga begini
 
Jadi, untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang memngamalkan Tanderm Nursing nie..Antara tips yang boleh diamalkan ialah:
Langkah 1: Amal pemakanan tinggi khasiat

Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat termasuklah daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu.
Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan agar tandem nursing dapat dijayakan. Juga, jangan lupa minum lebih banyak air.


Langkah 2: Tetapkan giliran atau serentak?

Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi, anda pasti mahukan dia mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.

Langkah 3: Kenal pasti posisi bersesuaian

Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain, anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.

Langkah 4: Bertenang

Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.

Langkah 5: Minta tolong

Mintalah pertolongan daripada suami, ibu, ibu mertua atau pembantu rumah untuk bermain dan mengalih perhatian anak yang tua sewaktu menyusukan bayi.

Credit to Sara

Jadi, selamat mencuba..