Dulu, saya sendiri tak tau pun apa itu Tanderm nursing..memang tak pernah dengar langsung..Tapi, semenjak menyusukan anak yang ketiga ni, barulah saya tau apa bendenye Tanderm nursing nie..Dan saya pasti ramai ibu di luar sana yang juga tak pernah dengar istilah ni, sama dengan saya dulu..betul tak..
So, Tanderm nursing adalah kaedah menyusukan 2 orang anak secara serentak, atau mengeluarkan susu secara serentak dari kedua-dua belah payudara anda..Itu dalam bahasa yang saya faham la..Harap anda pun faham apa yang saya cakapkan niey..
Atau jika anda mempunyai anak kembar, so, kaedah ini juga praktikal untk anda. Hakikatnya, tandem nursing amat bermanfaat buat ibu yang melahirkan bayi pra-matang. Ini kerana anak yang lebih tua akan meransang payudara untuk mengeluarkan susu dengan lebih cepat. Tindakan ini membantu bayi baru lahir untuk mencapai berat badan stabil untuk menyusu secara terus.
Bagaimana caranya?
Bagi saya, kaedah untuk melaksanakan Tanderm Nursing nie, lebih kepada kreativiti dan keselesaan masing-masing...
Antaranya, anda boleh buat begini..
Atau begini..
dan juga begini
Jadi, untuk kesihatan dan kesejahteraan ibu-ibu yang memngamalkan Tanderm Nursing nie..Antara tips yang boleh diamalkan ialah:
Langkah 1: Amal pemakanan tinggi khasiat
Dalam usaha membekalkan susu berkualiti, ambil makanan sihat termasuklah daging, buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh dan produk tenusu.
Makanan yang diambil perlulah mengandungi protein, besi, kalsium, asid folik dan zink yang tinggi. Makanan ringan seharusnya dihadkan agar tandem nursing dapat dijayakan. Juga, jangan lupa minum lebih banyak air.
Langkah 2: Tetapkan giliran atau serentak?
Dalam beberapa hari pertama selepas kelahiran bayi, anda pasti mahukan dia mendapat khasiat susu terutamanya kolostrum yang diperlukan. Setelah susu matang terhasil, anda boleh menyusukan kedua-dua anak mengikut giliran mahupun secara serentak.
Langkah 3: Kenal pasti posisi bersesuaian
Anda boleh mengaplikasikan pelbagai posisi. Anda boleh memegang kedua-dua anak dalam posisi Cradle Hold atau Football Hold atau menggabungkannya. Antara lain, anda boleh praktikkan posisi semi-reclined atau sambil berbaring. Apa pun posisinya, anda tahu mana yang sesuai dan selesa untuk diri sendiri.
Langkah 4: Bertenang
Susukan bayi dalam keadaan tenang agar anda dan anak-anak kekal selesa sepanjang sesi penyusuan berlangsung.
Langkah 5: Minta tolong
Credit to Sara
Jadi, selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment