salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, September 30, 2011

Kenapa Vitamin C Wajib Ada

Vitamin C adalah salah satu favourite saya, sebab bila saya selsema, just double-up intake vitamin C, insyaAllah beransur sembuh..Memang saya tak nafikan pentingnya vitamin C dalam diet harian saya. Satu lagi, saya nie jenis yg malas makan buah..saya sukan makan buah tu, tapi ntah kenapa la penyakit malas tu ada plak..kalo dah terhidang tu, lajula saya makan..So, kenapa Vitamin C ni penting..? Jom kita study sikit..
  • Kepentingan

    Vitamin C, juga dikenali sebagai asid askorbik.
    • Ianya penting untuk pembentukan dan pengekalan kolagen, iaitu sejenis protein yang mengukuhkan kedudukan sel badan.
    • Ia sangat mustahak untuk tulang dan gigi, untuk pembuluh darah, dan penyembuhan luka.
    • Vitamin C juga membantu dalam proses metabolisma beberapa jenis asid amino dan hormon.
    • Ia juga memiliki kesan antioksida, dengan membantu badan mengeluarkan kumuhan karcinogenik hasil dari proses metabolisma yang digelar sebagai radikal bebas.
    • Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat. 
    • pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting. 
    • mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran , menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan, dan meningkatkan imuniti. 
    •  meningkatkan penyerapan zat besi. 
    •  mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolestrol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
    • agen dalam pembentukan collagen, vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam , boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.
  • Kekurangan

    Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan:
    • Skurvi (pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan).
    • Kurang daya tahanan
    • Pendarahan gusi. 
    • Lemah badan.
    • Sakit-sakit dan sengal badan
    • Anemia
  • Sumber

    Sumber Vitamin C yang baik adalah :
    • Jambu batu
    • Betik
    • Belimbing
    • Mangga
    • Buah Sitrus (Limau)
    • Sayuran berdaun hijau
    • avocado
    • black currants
    • kobis bunga
    • anggur
    • kubis
    • lemon
    • mempelam
    • biji sawi hijau
    • bawang
    • oreng
    • betik
    • kacang peas hijau
    • nenas
    • bayam
    • strawberri
    • tomato
  • Keracunan
    • Cirit birit
    • Ganguan gastro usus
    • Pembentukan batu karang (ginjal)
    • Penambahan asid urik Jadi

No comments:

Post a Comment