salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, October 2, 2011

Kenali Psoriasis

Apa itu psoriasis

Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.


Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit(Foto www.familydoctor.co.uk)

Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.
Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian


Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit 

Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.

Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

Rawatan dan sokongan

Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.

No comments:

Post a Comment