salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, October 28, 2011

Kesihatan Hati

Hati, antara organ terpenting di dalam tubuh. Ia berfungsi untuk:
  • Menukar makanan yang anda makan kepada tenaga.
  • Mengawal pembekuan darah, pengeluaran dan perkumuhan kolestrol dan mengawal penyimpanan lemak.
  • Ia menghasilkan hempedu, sat bahan yang membantu anda menghadam makanan anda dan menyerap nutrien penting.
  • Ia membantu dalam menolak jangkitan-jangkitan dengan menghasilkan faktor-faktor imun dan menyingkirkan bakteria dari dalam darah.
  • Ia menyimpan vitamin penting, tanaga dan mineral serta merembeskannya dalam darah apabila diperlukan.
Selain itu, hati memainkan peranan utama dalam proses penyahtoksikan dengan memetabolismakan dan memisahkan dadah, alkohol dan toksin-toksin alam sekitar. Jadi, apabila sistem penyahtoksikan menjadi semakin tepu, toksin terkumpul yang akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan juga mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

Disebabkan itulah amat penting untuk kita memberikan perlindungan sepenuhnya yang diperlukan oleh hati anda untuk berfungsi di tahap optimum bagi membantu anda kekal sihat dan bertenaga.

Langkah-langkah Untuk Memiliki Hati Sihat

1. Makan diet yang betul, lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kurangkan makanan berlemak.
2. Elakkan alkohol atau kurangkan pengambilannya.
3. Bersenam secara teratur.
4. Elakkan bahan cemar alam seperti penyembur serangga, cat dan asap kereta.
5. Tingkatkan kesihatan dengan pengambilan makanan tambahan.

Untuk itu, SHAKLEE menawarkan Program Bantuan Hati bagi menggalakkan fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga.

DTX Complex

DTX Complex merupakan satu pilihan terbaik bagi ekstrak biji milk thistle (80% silymarin) tulen yang mana ditunjukkan dalam penyelidikan dapat menyokong kemampuan tubuh menghasilkan protein bagi membantu pembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi campuran proprietari tambahan dengan ekstrak cendawan Schizandra dan Reishi, herba-herba dengan ciri-ciri antipengoksidaan dan ekstrak Dandelion, Kunyit dan Artichoke, herba-herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu normal.


Campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten yang terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan imun. Juga menggalakkan fungsi imun sihat.

From: SHAKLEE TODAY (Vol. 4 2011)

No comments:

Post a Comment