salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, October 14, 2011

Kenapa Vitamin C diperlukan Kanak-kanak

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlurkan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.

Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). 

Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.

Sumber vitamin C 

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.
Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.

Kekurangan vitamin C 

Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk pulih? 

Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian.

SHAKLEE juga turut menyediakan Chewable Vitamin C untuk kanak-kanak. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, boleh hubungi saya di 019-3160078 dan juga untuk mendapatkan harga istimewa.

Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. User’s Guide to Vitamin C by Hyla Cass, and Jim English (2006)
3. FAO/WHO (2002). Vitamin C. In: Human Vitamin and Mineral Requirements. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. FAO, Rome; pp 73-86.

No comments:

Post a Comment