Susu penuh adalah susu lembu yang mengandungi 3.5 hingga 3.7% lemak. Sementara itu, susu rendah lemak mengandungi di antara 1% atau 2% lemak. Perbezaan nutrisi adalah seperti diantara jenis-jenis susu adalah seperti berikut:
- Susu rendah lemak (1%): 88 hingga 105 kalori, 0.4 hingga 2.4 gram lemak
- Susu rendah lemak (2%): 125 kalori, 4.7 gram lemak
- Susu penuh (whole milk) (3.7%): 155 ke 160 kalori, 9 gram lemak
Lemak adalah penting dalam banyak perkara:
- Ianya membekalkan tenaga
- Ianya terlibat di dalam pembentukan membran sel
- Ianya sebagai pengangkutan bagi vitamin larut lemak seperti Vitamin A, E, D dan K
Susu penuh adalah disyorkan kepada kanak-kanak membesar. Seorang anak kecil memerlukan kalori tambahan dari susu penuh untuk tulang dan gigi yang kuat. Seorang anak kecil memerlukan antara 2 hingga 3 hidangan susu dan produk tenusu atau makanan lain yang tinggi dengan kalsium pada setiap hari.
Kalsium yang hadir dari susu penuh adalah sangat penting. Kanak-kanak membesar akan menjadi lebih aktif akan lebih gembira untuk menjelajahi dunianya. Pada masa tersebut, mereka memerlukan jumlah tenaga yang banyak dan makanan bernutrisi. Sejak awal lagi, tabiat pemakanan yang sihat dan baik adalah amat digalakkan.
Menurut Robert Steele (Pediatrik, Hospital kanak-kanak St John’s), kanak-kanak berumur dua tahun ke atas yang diberi diet yang mengandungi diet untuk kesihatan hati (28% kalori dari lemak, 10% dari lemak tepu dan rendah kolesterol) telah menunjukkan tiada kesukaran dalam pertumbuhan. Robert menambah bahawa pengambilan lemak bagi anak-anak berumur di bawah dua tahun adalah tidak perlu disekat. Untuk itu, kanak-kanak ini perlu mengambil susu penuh.
Tambahan pula, American Academy of Pediatrics (AAP), menyatakan di dalam ‘Guide To Your Child’s Nutrition’ bahawa ‘kanak-kanak memerlukan kalori daripada lemak untuk pembesaran dan perkembangan otak,’ dan ‘ini adalah penting bagi 2 tahun permulaan hidup mereka’.
Jumlah kalsium dan fosforus di dalam susu penuh adalah amat bermanfaat di dalam perkembangan dan penjagaan kesihatan gigi.
Protein yang paling banyak di dalam susu adalah kasein dan ianya berfungsi sebagai pelindung yang membentuk filamen nipis pada permukaan enamel yang mana mengelakkan kehilangan kalsium dan fosfat daripada enamel apabila gigi didedahkan kepada asid di dalam mulut.
Kajian mencadangkan bahawa susu dapat mengurangkan kesan karsinogenik makanan kepada gigi apabila dimakan bersama di dalam diet mereka.
Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysi memberikan sedikit tip di dalam buku mereka ‘Hidangan seimbang untuk anak-anak berusia 1 sehingga 6 tahun’ untuk ibu agar menggalakkan anak kecil untuk minum susu. Antara tipnya seperti;
- Biarkan si kecil memilih sendiri perisa susu yang diinginnya.
- Ceritakan kepada si kecil mengenai khasiat susu.
- Gunakan kreativiti anda dalam menyediakan susu (tambah buah-buahan berwarna-warni)
- Galakkan ahli keluarga anda agar minum susu.
Sentiasa mendapatkan kebenaran dari pakar pediatrik sebelum memberikan makanan kepada anak anda.
Namun bagi anak-anak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah digalakkan minum susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik.
Rujukan:
1. American Academy of Pediatrics
2. Kementerian Kesihatan, Malaysia
3. www.milk.co.uk
1. American Academy of Pediatrics
2. Kementerian Kesihatan, Malaysia
3. www.milk.co.uk
No comments:
Post a Comment