salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, October 16, 2011

Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting bagi membina pertumbuhan si kecil. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk makanan yang di jual di pasaran. Sesetengah produk menawarkan makanan yang berkhasiat semulajadi dan ada sesetengahnya yang menawarkan produk yang diperkaya dengan khasiat makanan. 

Namun begitu terdapat juga makanan yang tidak mempunyai beberapa khasiat penting buat si kecil. Pemilihan makanan kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka sendiri. Pada masa kini terdapat juga makanan tambahan iaitu dalam bentuk kapsul mahupun cecair yang dijual bagi memenuhi tuntutan dan kehendak para pengguna. 

Persoalannya, adalah kanak – kanak juga memerlukan makanan tambahan ini. Tidak di nafikan makanan tambahan seperti vitamin C, vitamin B kompleks, Taurina dan lain-lain lagi turut dijual bagi kegunaan kanak-kanak. Namun sejauh manakah anak kecil memerlukan atau bergantung kepada makanan tambahan ini? 

Panduan buat ibu bapa

Di sini terdapat sedikit panduan buat ibu bapa dalam menggunakan makanan tambahan atau juga dikenali sebagai suplemen oleh Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics:
1. Sekiranya kanak-kanak itu hanya mengambil makanan sayur-sayuran sahaja sebagai sumber makanan, maka dia perlu mengambil suplemen vitamin B12
2. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai kurang selera makan, maka boleh diberikan makanan tambahan yang terdiri daripada multivitamin. (harus diingat bahawa sukatan makanan tambahan ini adalah tidak melebihi dari sukatan yang disyorkan (RDA)
Makanan berkhasiat 

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terdahulu sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk tersebut. Malahan membeli bahan makanan yang semulajadi berkhasiat juga adalah jauh lebih baik buat si kecil. Di antara jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah:
Jenis vitamin: Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin
Jenis vitamin: Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu
Jenis vitamin: Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan
Jenis vitamin: Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: sayuran warna hijau dan buah – buahan sitrus
Jenis mineral: Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu
Jenis mineral: Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Peringatan

Sekiranya ibu bapa ingin memberikan makanan tambahan kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlulah merujuk kepada doktor mahupun ahli farmasi terlebih dahulu. Hal ini kerana, sesetengah makanan tambahan boleh mengundang kesan sampingan kepada kanak-kanak tanpa kita sedari.

Rujukan: 

a. Kementerian Kesihatan Malaysia
b. American Academy of Pediatrics
c. Panduan Pemakanan pra-Sekolah , Nor Hashimah Binti hashim dan Aminah Binti Ayob
d. Pemakanan Seimbang untuk kanak-kanak 1-6 tahun, Jabatan Kesihatan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment