salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, September 14, 2011

Taatkan RAJA

  • kita beradab dengan raja, bila dijemput ke istana happy tak terkata.. tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, jemput ke masjid kita buat derk jer..
  • kita beradab dengan raja, pakai habis smart, tempah special lagi.. tapi depan RAJA SEGALA RAJA, solat pakia kain pelikat jer..kadang2 tak berbaju..
  • kita beradab dengan raja, nak ke istana esok, malam ni dah bersiap.tapi dengan RAJA SEGALA RAJA nak ke masjid liat..malam nak bertahajud jangan harap.
  • kita beradab dengan raja. dia suruh apa saja kita buat tanpa banyak cakap. tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, dia suruh solat pon kita tak buat.
  • kita beradab dengan raja. apa yang dia tak suka kita tak buat, takut dianggap derhaka.tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, kita buat apa kita suka. tak takut masuk neraka.
  • kita beradab dengan raja, bila dia ada kita rsa hina, rendah diri. tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, mana pernah dia takde, masih juga tak sedar diri.
  • kita beradab dengan raja. nak menghadap punyalah rasa longgar sendi lutut. tapi depan RAJA SEGALA RAJA, tak ada takut.solat pon tak khusyuk.
  • kita beradab dengan raja. dipanggil hadap sultan pon dah rsa bertuah... tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, dengar azan pon kita rsa menyampah.
  • kita beradab dengan raja. sanggup tunggu berjam2 sbb nk jumpa. tapi dengan RAJA SEGALA RAJA, solat lima minit pon da kira lama..
 credit to Sharidan

No comments:

Post a Comment