Salam,
sudah sekiab lama saya tak mengupdate blog saya ni,balik kg..broadband plak xclear kt kg..payah sangatla..aduhai..sabar je la..balik plak dr kg, anak plak demam panas..dh 3 hari dh nie..demam sekejap2..kejap ok, kejap demam..bile time demam panas sangat plak..time xdemam aktif mcm x demam plak..pening2..3 malam jugakla saya xcukup tido..tapi still energetic waktu siang.maybe sebab consume supplement SET B..Alhamdulillah
So, bile anak saya demam, batuk, selsema yang kerap ni..saya terfikir nak cuba NUTRIFERON from SHAKLEE..Mula-mula nak beli tu, fikir jugak..alahai..mahalnya..tapi mengenangkan anak, x salah rasanya ikhtiar cara ni..melaburla sket..sebab guna ubat doktor pun xjadi jugak..saya pun beli jugakla..sanggupla pegi beli kt SHAKLEE sendiri kt Empire Tower Subang, kebetulan nak pergi area sana kan..
Jom kita baca sket apa itu NUTRIFERON ni..
Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Ahli imunologi yang terkenal di dunia, Dr. Yasuhiko Kojima merupakan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954 semasa beliau menjalankan penyelidikan di Universiti Tokyo. Setelah menjalankan penyelidikan selama 40 tahun dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau telah menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*
Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*
Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*
Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.
Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.
Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.
Perlu diingatkan produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit. Tetapi, kita boleh hanya mencuba sebagai salah satu alternatif sahaja ya kawan-kawan.
Ok, kesannya setakat ni saya baru try makan untuk 2 hari, baru guna 2 sachet..Alhamdulillah, setakat ni dh pukul 3.07 a.m ni, badan anak saya xpanas, die pn xmerengek2 lagi mcm 3 malam yang sebelum..kita tengok plak cite besok siang mcm mn..esok saya bgtau ye..harap2 dh xdemam jugakla..bolehla saya pegi keja ngan tenang..AMIN..
salam untuk rakan2 budiman,
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)
Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.
Selamat menjamu mata....
No comments:
Post a Comment