salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Wednesday, February 2, 2011

Ostematrix..Apa tu??

Salam,

Semalam saya dh share ngan kawan2 semua, saya dh start mkn Ostematrix n kesannya alhamdulillah ok..So, ada yang bertanya apa Ostematrix ni..Ok, Ostematrix ni adalah merupakan pil calcium, iaitu gabungan Calcium Magnesium dan lengkap dengan Vitamin D. Jadi, tidak salah untuk makan untuk menambahkan kalsium dalam badan, especially kalau kita merasakan kita kekurangannya. Kita boleh detect sama ada badan kita mencukupi kandungan calcium atau tidak, contohnya kalau selalu kejang ataupun bile gosok gigi selalu berdarah. Sebab tu la, saya pun makan.

Ok, mari kita tengok apa lagi fungsi kalsium..(Tq to cery).  

1. Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. 
Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.

2. Kesuburan
Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

3. Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. 
Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh.

Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi.Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot.

4. Melancarkan sistem jantung dan aliran darah
Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. 

Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.


5. Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Jadi, apa tunggu lagi..Mahu mencuba? Dapatkannya sekarang. Hubungi saya di 019-3160078.

No comments:

Post a Comment