salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, February 22, 2011

Perut Itu Rumah Penyakit Diet itu ubat Paling Utama

Salam,

Sila baca dan sama-sama kita renungkan.


dipetik dari http://kesihatanoptimum.com

Sabda Nabi s.a.w : Sahih Muslim

Hidup didunia ini adalah satu daripada peringkat (makam) perjalanan menuju Allah s.w.t dan badan adalah kenderaan bagi perjalanan itu. Oleh itu perlulah seseorang pengembara itu memelihara badan supaya sentiasa berada di dalam keadaan yang sihat dan selesa.

Pencernaan dan penghadaman adalah proses memakan makanan melalui mulut dan kemudian menghancurkan makanan itu di dalam perut. Yang dimaksudkan “Perut itu rumah penyakit” ialah penyakit-penyakit yang timbul apabila proses penghadaman ini menjadi tidak seimbang. “Diet adalah ubat utama” bererti kita hendaklah menggunakan makanan itu sendiri untuk mengimbangi semula dan membina semula proses penghadaman itu.Makanan itu digunakan sebagai alat untuk membawa formula penyembuhan yang tertentu pada jasad.

Ada pengecualian pada peraturan umum ini, iaitu apabila badan dan anggotanya telah rosak teruk dan tiada lagi kuasa pemulihan untuk membina semula sesuatu anggota atau sistem badan itu. Dalam hal demikian pembedahan atau cara-cara lain digunakan untuk merawat penyakit. Tetapi jika prinsip kesihatan dipatuhi sepanjang hayat tidak perlu khuatir jatuh sakit. InsyaAllah Amin.

(Kitab Ilmu Perubatan Kesufian – Kitab al-Tibb al Rauhi as-Sufi – Shaykh Abu Abdullah Ghulam Moinuddin – Thinker’s Library)

Semoga kita mendapat manfaat daripada apa yang dipaparkan.

No comments:

Post a Comment