salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, May 6, 2011

Cukupkah Susu

Salam,

Bagaimana nak tahu adakah anak anda mendapat susu yang cukup? Kebiasaannya, ramai ibu yang beranggapan bayi tidak menerima susu yang cukup, apabila bayi kerap  merengek dan menangis. Jadi, bagaimana caranya, dan apakah tanda-tandanya? Antaranya ialah,

1. Bayi menyusu 8 - 12 kali dalam masa 24 jam. Bayi menyusu dengan kerap kerana keperluan perut bayi yang kecil, dan tidak boleh diisi dengan kapasiti yang banyak sekali gus. Tambahan pula susu ibu lebih cepat dihadamkan, maka bayi akan lebih kerap menyusu.

2. Anda membiarkan bayi anda menyusu pada sebelah payudara terlebih dahulu, sebelum anda memberi bayi  menghisap pada payudara yang kedua.

3. Anda boleh mendengar bayi anda menelan susu, selepas beberapa kali hisapan dibuat.

4. Bayi anda buang air kecil sebanyak 6 kali atau lebih dalam masa 24 jam dan air kencing kelihatan cair dan cerah. Manakala bayi akan membuang air besar yang cukup, iaitu sebanyak 3 - 8 kali dalam sehari, dan akan semakin berkurang mengikut pertambahan umur  bayi.

5. Berat bayi akan meningkat secara konsisten secara purata dalam 18 - 30 gram sehari.

6. Yang paling penting, pastikan bayi sentiasa bersama dengan anda (skin to skin contact), untuk memastikan bila waktu yang sebenarnya bayi anda mula merasa lapar.

No comments:

Post a Comment