Salam, saya sangat suka nak share citer ni ngan korang semue..bacalah..
(Pada tahun 2007 lebih kurang, ada sorang pembaca keretamayat bertanya tentang apakah belanja yang paling afdal untuk gaji pertama, aku lupa apa jawapan aku waktu tu, tapi aku jawab balik beberapa tahun kemudian bersamaaan hari ini) Kita biasanya tak aka...n lupa benda yang first time, seperti hari pertama haid bagi perempuan, atau hari pertama baligh bagi lelaki, atau hari pertama naik bas, atau hari pertama masuk wayang, atau hari pertama jatuh basikal, atau hari pertama masuk hospital, atau hari pertama jatuh cinta, atau hari pertama malam pertama, atau persetubuhan kali pertama (dah nak start melalut, ehss..).. dan lain lain. Pendek kata, benda first time ni memang selalu kita ingat, dan bila berkongsi dengan kawan kawan tentang benda benda pertama ni, kadang kadang kita ralit berborak, habis teh tarik, tambah lagi, itulah resam manusia yang hidup atas dunia yang fana, selalu cerita benda benda yang pertama dibuat dalam hidup dengan penuh teruja sambil gelak macam orang gila, lepas dah jadi mayat, baru kita akan cerita benda terakhir yang kita buat dan itu cerita lain. Straight to the point, kali ni aku nak tanya korang, Apakah benda ‘berharga’ atau ‘sentimental value’ yang pernah korang belanja pada kali pertama dapat gaji dan benda tu masih ada sampai sekarang? Apa korang beli? PS2? Bayar muka ansuran Motosikal? Beli DVD? Beli Tafsir Al quran, belanja awek makan? Sedekah kat mak? Beli tasbih? Beli seluar Jeans? Beli Handphone? Daftar MLM? Beli cicak tokek? Beli gelang Magnet? Apa benda pun jawapan korang, simpanlah sebagai kenangan gaji pertama, lantak korang lah nak beli apa pun, korang berhak nak belanja apa yang patut, janji halal dan membawa kebaikkan, Cuma, apa yang aku nak bagitahu, gaji terkahir korang akan dibelanja untuk beli kain kapan, keranda, batu nisan dan upah driver keretamayat, woha! Sambung balik, kat mana tadi? Oh ye, sebagai tuah tanah, di sini aku nak bagi cadanganlah kepada mereka yang baru dapat gaji hari ni, gaji pertama pulak tu, akan apa yang patut korang belanja. Ok, simpanlah duit dalam RM100 ke bawah, dan belilah.. (Ini bukan nak melawak..) Belilah… (Mesti korang tak sabar nak gelak.) Korang belilah.. (tapi apa yang aku cadangkan ni tak lawakpun) korang belilah almari buku!. (aku sedang serius) Ya, Almari buku!, atau rak buku! Dulu aku beli RM 25 ringgit jer, boleh pikul buat balik, sampai rumah pasang sendiri, pakai skru dalam 15 minit siap, ada tiga slot, tinggi tiga kaki, lebar dua kaki. Jika ada duit lebih, bulan tu jugak beli sebuah buku dengan gaji pertama tadi, jika takde duit lebih, boleh beli pada gaji kedua. Ok, sekarang, setiap kali gaji, beli sebuah buku, dalam setahun korang akan ada dua belas biji buku, dan aku rasa dalam tiga tahun hingga ke lima tahun, almari korang akan penuh dengan buku, sepenuh dada korang dengan ilmu (jika korang baca sampai habis sebelum beli buku baru.) Amacam best tak? Best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis dan ada yang dah khatam berkali kali, memang best sangat… Bagi aku, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca. Perlu sangat! Dan untuk menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca, maka buku yang korang beli mestilah tebal tebal dan berilmiah, majalah tak aci, syaratnya: mesti tebal, maka bolehlah korang beli buku seperi kitab ugama, kitab Fadail, Kitab Mutakhab Hadith, Kitab hayatul sahabah,, Tafsir al quran, dan lain-lain, dan letak buku katogori ugama ni pada level paling atas, Level bawah bawah bolehlah hias almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca seperti Buku Motivasi Dale Carnegie, Buku sejarah, Buku tentang tokoh tokoh dunia, atau buku politik seperti A Doctor in the House, dan bawah lagi boleh jugak letak buku komik yang tebal tebal seperi GTO, Naruto, Dragonball, Pendekar laut dan lain lain. Janji tebal. Memang best tau bila rumah kita ada almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah habis baca, memang beeeeeeeest sangat…! (baca sambil menyeringai macam budak perempuan yang comel) Sebenarnya, budaya menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang kita dah baca sampai habis, jarang dipratik oleh bangsa di jajah terutama orang melayu macam kita, sebagai contoh, aku biasa jugak pergi bermalam di rumah saudara mara, kat ruang tamu mereka, langsung takde satu bukupun untuk aku baca, rak bukupun takde, memang hampeh, yang ada almari mahal yang di hias dengan pinggang mangkuk mahal, apa ke jadah? Kalau pinggang mangkuk tu tukar dengan buku, aku rasa mahu penuh satu almari. Ok, aku sangka baik, mungkin mereka ada rak buku di dapur, sebab aku tengok, bangsa penjajah, mereka ada rak buku bukan setakat di ruang tamu, dan dalam bilik, kat dapur pun ada rak buku…, mungkin bangsa kita takut kena kutuk jika letak rak buku ruang tamu lalu simpan dalam bilik atau di dapur, Akupun pergi ke dapur mereka, teka apa aku jumpa.? Rak pinggang mangkuk jugak! Woha! Jap, jap, nampak macam rak buku, ok ada majalah bawah meja buruk, tengok majalah apa.. Mastika? Mangga? URTV? (pensang..!) Ok, dahlah tu aku membebel.., dah penuh air liur bertakung kat tepi bibir aku- buruk sungguh! Sebagai penutup, nasihat aku kepada korang yang tak pernah beli rak buku, bertaubatlah, malu pada bangsa melayu, yang tak pernah beli buku ilmiah tapi beli ‘pinggang mangkuk berilmiah’, jugak kena bertaubat.. Kesimpulan:
1.Tanamkan dalam diri bahawa untuk mencapai Negara maju, rakyat Malaysia perlu dididik menghias rumah dengan almari buku yang penuh dengan buku yang sudah habis di baca.
2. Untuk itu, satu rumah kena ada sekurang-kurangnya satu rak buku, jika tak beli pada gaji pertama, boleh beli pada duit pencen yang pertama.
3. Buku mesti tebal, majalah tak aci, Komik tebal tak apa, (Woha!)
4. Buku itu mestilah berilmiah dan di baca sekurang kurangnya satu pertiga, separuh itu bagus, baca habis itu terbaik!
5. Tanda tarikh beli, dan tanda jugak tarik khatam pada setiap buku.
6. Level atas, susun buku ugama, level tengah, buku berilmiah, level bawah, buku hiburan, jangan sesekali hias pinggang mangkuk bodoh antara buku buku itu.
7.Wujudkan satu buku log untuk peminjam, tarikh pinjam, tarikh hantar, catat dengan jelas.
8.Simpan resit buku dengan baik, boleh tolak cukai LHDN.
9.Pastikan ada rak buku di ruang tamu, senang tetamu nak baca sepintas lalu jika boring dengan perbualan korang.
10.Jika rak buku dah penuh, boleh beli Rak baru yang lebih besar, dan jika ada ruang, sila wujudkan perpustakaan mini di rumah masing masing.
11.Pastikan buku yang di tulis oleh Hamka keretamayat ada terselit di celah celah rak buku korang sebagai rujukan dalam dunia rumah tangga. Eh? Hamka keretamayat ada terbit buku ke? Tak tahupun! Hek Eleh.., punyalah panjang aku membebel, rupanya nak mempromosi buku berilmiah yang ditulis oleh Hamka keretamayat rupanya, celaka sungguh- woha! Ok, aku belum cetak lagi, semua bahan dan siap, aku tulis tentang dunia rumah tangga, tapi aku kena buat survey dulu sebelum cetak, sila click-clik. Segala kerjasama korang, amat aku hargai.
p/s; saya sendiri pun xbuat lagi apa yang penulis nie citerkan..rak buku memang dh ade, tp dari dulu xpenuh-penuh lagi..sape nak jwb tu..?hahah..jwb sendiri..dapat gaji,xprnh budget pn utk beli buku..so, harap-harap lps nie, insaflah hendaknye diri ku ini..
No comments:
Post a Comment