salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, May 27, 2011

Doa Ibu Menyusu

Antara doa yang boleh diamalkan bagi kita kaum2 ibu untuk menyusukan anak..Saya selalu buat yang no.3 tu je..yg lain, saya baru terjumpa hari ni..Kawan-kawan boleh cuba yer..
  1.  Amalkan doa di bawah
    “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
  2. Surah al-Hujurat ; al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati  semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu  kite. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya  datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya
  3. amalkan surah al-Baqarah ayat 60.  Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga  Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg  cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun
     
    Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.
  4. Amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan  subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam  segelas air lalu diminum.
Amalkan juga ambil wudhu dan maafkan setiap orang sebelum kita tidur supaya hati sentiasa tenang dan menyebabkan susu lebih mudah untuk mengalir keluar. Perasaan ibu turut mempengaruhi elemen pada bayi tau. Jika menyusu dalam keadaan marah, bayi pun akan menjadi cepat marah. Jadi sentiasalah tenangkan diri dan berfikiran positif supaya elemen-elemen positif dapat dialirkan pada bayi.

sumber : Iffa

No comments:

Post a Comment