by AnakkuSoleh.com on Wednesday, May 4, 2011 at 2:44am
Pada suatu petang yang cerah..
Anak: Ibu, kenapa burung boleh terbang?
Ibu: Sebab, burung ada sayap laa..
Anak: ooo...
Ibu:(tersenyum bangga dgn jawapan sendiri)
Anak: Tapi kan bu,
kenapa burung yang mati, dia ada sayap, tapi tak boleh terbang pun????
Ibu:(~~alamak! tepuk dahi..kantoi sudaa!! :P )
~~
Pada zahirnya, kita nampak bahawa burung dapat terbang kerana mereka ada sayap.Tetapi, hakikatnya, burung dapat terbang kerana Allah swt telah berikan "roh" kepadanya. Disebabkan "roh" tersebutlah, maka dia dapat terbang.
Begitu juga halnya dengan dunia..Dunia ini masih wujud kerana ia mempunyai ROH
dan roh bagi dunia adalah..UMAT ISLAM
Seandainya, roh itu berada dalam keadaan yg baik, maka jasadnya juga akan menjadi baik
dan seandainya roh itu sakit, maka jasad juga akan jatuh sakit
Begitu juga dengan dunia..
Jika semua umat Islam sentiasa taat pada perintah Allah swt & amalkan cara hidup Rasulullah saw,
maka dunia ini akan aman sejahtera
dan Allah swt akan lindunginya daripada malapetaka
Sebaliknya,
Jika umat Islam mula lalai daripada melaksanakan perintah Allah, maka dunia ini akan rosak
dan Allah swt akan membuat keputusan untuk menghancurkan dunia ini, kerana kesalahan umat Islam sendiri.
"Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, maka dari (kesalahan) dirimu sendiri. Kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. Dan cukuplah Allah menjadi saksi. "
(Surah An-Nisa' 4: Ayat ke 79)
Ayuh..
Mari kita sama-sama menjadi ROH yang BAIK
dan didik anak-anak kita untuk menjadi ROH yang BAIK juga
dan ajak orang lain juga untuk sama-sama menjadi ROH yang BAIK
:)
InsyaAllah,
Allah swt akan bertambah sayang kepada kita
Allah swt akan memelihara kita daripada azab kemurkaanNya
dan Allah swt akan jadikan kita umat yang BERJAYA
Aamiin :)
No comments:
Post a Comment