salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, May 3, 2011

Perlukah Vitamin?

Salam,
Lama betul saya tak update blog saya niey..Sorry ye my blog, saya busy marking paper-paper final my students..biasalah, end of semester..itu yg priority..kene concentrate sket..kalo silap kang,habisla plak kt students sume..so skang,dh setel..lega sket..alhamdulillah.. So, dalam pada tu, saya ter'skip' la jgk mkn my routine supplement..ape dh jadi?? haha..tu la yg nk share sket, mula la tunggang langgang gak jdnye..lepas tu mule la rasa semcm je kt bdn, nk demam la hape la...tu la..sebab selama nie, sy xprnh la plak skip mkn niey..

Smbl2 tu de la baca2 sket psl pe bdn kite perlukn supplement nie.. kalo wkt pregnant, kite buat routine checkup, then kita akan dibekalkan dengan sgl mcm ubat..so, kite pun patuh, akan mkn ubat tu kan..utk apa? wkt tu, kita fikir kita bkn mkn utk diri kite, tp utk baby yg sedang kita kandungkan tu kan..so, sama la jugak keperluan ubat atau vitamin yang kita harus makan waktu kita menyusukan anak kite sekarang nie..juga untuk kita salurkan kepada anak kesayangan kita tu kan, di samping khasiatnye yang diri kita sendiri juga akan dapat.

Badan kita masih memerlukan segala macam zat dan mineral tambahan dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Jadi, beringatlah. Bukan kata dengan hanya memakan supplement sahaja anda akan mendapat zat ini semua..Tidak sama sekali. Kita boleh memastikannya dengan pengambilan zat yang seimbang dalam menu harian kita. Antaranya dengan makan antara 5 - 9 hidangan buah dan sayur serta hidangan 2 -3 hidangan protein. Selain itu, kita juga perlu makan 6 - 7 hidangan karbohidrat sehari di samping minum air sehingga 8 gelas sehari. Jadi, anda rasa macam mana? Adakah anda boleh memastikan anda mendapat apa yang sepatutnya dalam menu harian anda setiap hari? Tepuk dada, tanya selera.


Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

Sebab apa, yang paling penting sbnrnya adalah emosi si ibu, agar production susu tidak terganggu. Jadi, kita perlu memastikan semuanya cukup dan yang paling penting badan ibu sihat supaya dapat menjayakan penyusuan.

No comments:

Post a Comment