salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Tuesday, May 10, 2011

Sore Nipple, apa dia?

Salam,

Hari ini saya try mencari info tentang 'sore nipple' disebabkan saya tengah mengalaminya sekarang..So, saya nak tau apakah antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan sore nipple nie..Adakah salah satunya disebabkan my dear Malique dh ada gigi, dan kerjanya asyik nak mengigit je...Sakit betulla kalo die tgh menggigit tu..Kdang-kadang "tercubit" jugak saya kat anak saya tu sebab tak tahan kena gigit..Oklah, jom kita tengok ape bendanya "sore nipple" ni..

Gejala ini merupakan salah satu benda yang boleh mengganggu penyusuan sebab kadang-kadang ada sesetengah ibu tu, langsung jadi give-up nak continue breastfeeding disebabkan tak tahan menanggung rasa pedih dan sakit. Kebanyakan ibu-ibu pasti akan mengalami situasi ini.Apa dia "sore nipple"? Ia adalah keadaan di mana nipple kita berada di dalam keadaan sakit, mungkin disebabkan oleh luka akibat rekahan ataupun berlakunya "yeast infection" pada nipple yang seterusnya menyebabkan luka pada nipple.

Apakah faktor penyebabnya? Antaranya ialah teknik lekapan (latching) yang tidak betul atau tidak sempurna sewaktu direct feeding. Perkara ini berlaku disebabkan oleh bayi anda yang hanya menghisap pada kawasan puting sahaja, dan akan menyebabkan bayi akan berusaha keras untuk menghisap (sucking), dan ibu juga mungkin tidak akan dapat merasa 'let-down reflect'. Sedangkan keadaan yang betul adalah bayi seharusnya membuka mulut dengan luas dengan si ibu memastikan bayi akan dapat  menghisap dari kawasan aerola. Ini bertujuan agar 'milk duct' akan dapat dirangsang dan seterusnya 'let-down' reflect akan dirasai oleh ibu.
Kadang kala ibu perlu juga memeriksa lidah bayi. Kadang kala ada juga berlaku disebabkan ada masalah pada lidah bayi yang mungkin boleh menyebabkan kaedah 'latching' yang betul tidak dapat dilaksanakan. Selain dari itu, kedudukan anda dan bayi sewaktu penyusuan berlangsung yang tidak betul juga boleh mengganggu 'latching'.Antaranya  kedudukan yang betul yang patut anda praktikkan ialah

1. ' cross craddle hold' yang seusai untuk bayi yang baru lahir. Boleh menggunakan bantal untuk menyokong badan bayi anda.





2. 'craddle hold' - lebih kurang seperti cross craddle hold, cuma keselruhan tubuh bayi diampu dan rapat perut bayi menyentuh perut ibu.



2. 'Lying position' - sesuai untuk ibu dan bayi yang tidur bersama dan banyak diamalkan oleh kita semua.


3. ' Saddle hold' - sesuai untuk menyusukan bayi yang mengalami masalah hidung (selsema, kahak) dan juga bayi yang sudah meningkat umur (toddler).

4. 'football hold' - sesuai untuk ibu yang bersalin secara ceaser, untuk mengelakkan badan bayi menyentuh perut ibu.


Selain itu juga, 'sore nipple' boleh berlaku mungkin disebabkan oleh 'yeast infection' ataupun 'thrush'. Ia boleh berlaku kepada;
1. ibu (nipple)
  •    'cracked nipple' yang tidak juga sembuh walapun ibu sudah memastikan teknik lekapan yang betul diamalkan.
  • keadaan nipple yang sentiasa sakit sebelum dan selepas penyusuan.
  • boleh juga berlaku selepas pengambilan antibiotik (ketika menerima rawatan perubatan).
  • keadaan nipple yang merah , gatal atau seolah-olah terbakar.
2. dan juga kepada anak
  • diaper rash
  • 'white patches' di dalam mulut bayi, menyebabkan bayi menolak directfeeding.
Dan mungkin ada lagi maklumat-maklumat lain yang mungkin kita boleh kongsikan bersama tentang 'sore nipple' ni..

No comments:

Post a Comment