Kepercayaan Karut 1: Cara permakanan mengikut ‘trend terkini’ akan mengawal berat badan dalam jangkamasa panjang.
Fakta : Permakanan mengikut trend terkini (fad diets) bukanlah cara paling baik untuk mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat yang diidamkan. Kebanyakkan permakanan mengikut trend mampu membantu anda mengurangkan berat badan pada peringkat awal sahaja. Kebanyakkan cara permakanan mengikut trend ini mengenakan syarat-syarat yang amat susah untuk diikuti. Terdapat banyak pantang-larangnya, apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak. Akhirnya ramai pengamal-pengamalnya akan berasa jemu, bosan dan tertekan. Melanggar syarat-syarat yang begitu ketat ini akhirnya akan menyebabkan berat badan bertambah dengan mudahnya.Permakanan mengikut trend ini juga selalunya adalah tidak sihat kerana ia menghalang badan dari menerima khasiat dan kabaikan yang diperlukan. Pada waktu yang sama, sebarang penurunan berat yang mendadak ( lebih dari 3 paun seminggu selepas beberapa minggu pertama) akan menambahkan risiko batu karang ( terkumpulnya pepejal di dalam hempedu/gallbladder yang boleh menyakitkan). Cara permakanan yang menyediakan 800 kalori sehari mampu menyebabkan gangguan kestabilan degupan jantung, akhirnya boleh menyebab maut.
Tip: Kajian mengesyorkan yang mengurangkan berat badan di antara ½ ke 2 paun seminggu melalui permilihan makanan yang sihat, makan dengan sederhana, dan menambahkan aktiviti harian ialah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dan mengekalkannya pada tahap yang dikehendaki. Pilihan makanan yang sihat dan menambahkan aktiviti harian juga mampu mengurangkan risiko:
- Kencing manis jenis 2
- Penyakit jantung
- Tekanan darah tinggi
Kepercayaan Karut 2 : Permakanan tinggi protin/rendah karbohidrat adalah cara mengurangkan berat badan yang sihat.
Fakta: Kebaikan atau keburukkan jangka panjang permakanan tinggi protin/rendah karbohidrat terhadap kesihatan masih belum terbukti. Apa yang pasti, mendapatkan kalori hanya dari makanan berprotin tinggi seperti daging, telur dan keju bukanlah cara permakanan yang seimbang. Ini adalah kerana anda mungkin akan makan terlalu banyak lemak dan kolesterol yang akhirnya akan menambahkan risiko sakit jantung. Mengurangkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin boleh menybabkan sembelit sebab kurangnya bekalan serat. Berikut ialah permasalahan yang mungkin timbul jika terlalu banyak kandungan protin dan terlalu kurang kandungan karbohidrat :- Mabuk dan ingin muntah
- K eletihan
- Lemah dan tak bertenaga
Permakanan Rendah Karbohidrat dan Atritis
Tip: Permakanan tinggi protin/rendah karbohidrat selalunya mempunyai bilangan kalori rendah kerana pilihan makanan yang terbatas. Plan permakanan kurang kalori yang mengandungi jumlah karbohidrat, protin dan lemak yang disyorkan boleh membantu mengurangkan berat badan. Dengan mengikut cara permakanan yang seimbang, anda tidak perlu berhenti makan jenis-jenis makanan seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini keperluan khasiat dari jenis-jenis makanan ini masih terus didapati. Akhir sekali, adalah lebih mudah untuk mengikuti plan permakanan seimbang kerana jenis dan variasi makanan yang boleh dimakan adalah jauh lebih luas.
Kepercayaan Karut 3 : Kanji itu menggemukkan dan harus dikurangkan permakananya jika ingin kurangkan berat badan.
Fakta: Kebanyakkan makanan yang mempunyai kanji tinggi sebenarnya rendah lemak dan kalori seperti :- Roti
- Nasi
- Pasta
- Bijirin
- Kekacang
- Buah-buahan
- Kentang dan Ubi
Tip: The Dietary Guidelines for America (Panduan Permakanan Amerika Syarikat) telah mengesyorkan memakan 6 ke 11 hidangan(dari roti, bijirin, nasi dan pasta) sehari, bergantung kepada keperluan kalori untuk mengurangkan berat. Harus ingat, saiz setiap hidangan adalah penting. Contoh satu hidangan ialah sekeping roti, i auns bijirin atau ½ cawan pasta dan nasi. Jangan makan dengan kuah berlemak dan pilihlah whole grain seperti:
- Roti whole wheat
- Beras perang
- Oatmeal
- Bijirin bran
Kepercayaan Karut 4 : Makanan seperti grapefruit, saleri dan sup kobis boleh membakar lemak dan mengurangkan berat badan.
Fakta: Tiada makanan yang boleh membakar lemak. Sesetengah makanan yang mengandungi kafein mampu mempercepatkan kadar metabolisma (cara badan kita menggunakan tenaga, kalori) dalam masa yang singkat. Namun begitu, makanan ini tidak menyebabkan berkurangnya berat badan.Tip: Cara terbaik untuk mengurangkan berat badan ialah mengurangkan jumlah kalori yang dimakan dan juga menambahkan aktiviti fizikal harian.
Kepercayaan Karut 5 : Produk semulajadi dan herba adalah selamat dan mujarab untuk mengurangkan berat badan.
Fakta: Produk yang mempunyai label `semulajadi’ atau `herbal’ tidak semestinya selamat. Kebanyakkan produk-produk ini tidak melalui ujian saintifik untuk membuktikan keselamatannya sebagai produk yang boleh membantu mengurangkan berat badan. Contohnya, produk herba yang mengandungi ephedra boleh menyebabkan kesakitan dan mungkin maut. Produk baru dipasaran yang dikatakan bebas dari ephedra tidak semestinya bebas dari bahaya kerana ia mungkin mempunyiai kandungan yang mirip ephedra.Tip: Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan sebarang produk yang mengurangkan berat badan. Ingat, sesetengah produk seperti ini yang diperbuat dari hasil semulajadi atau herba boleh membahayakan kesihatan.
Kepercayaan Karut 6 : “Aku boleh kurangkan berat badan sambil memakan apa sahaja yang aku nak.”
Fakta: Untuk mengurangkan berat badan, anda perlu untuk menggunakan lebih kalori dari apa yang anda makan. Anda perlu mengawal jumlah kalori yang dimakan atau tambahkan jumlah aktiviti harian. Saiz setiap hidangan adalah sangat penting. Cuba kurangkan saiz hidangan dan makanlah makanan berkalori rendah.Tip: Bila cuba mengurangkan berat badan, anda tetap boleh makan makanan kegemaran anda. Yang pentingnya ialah perhatian harus diberi kepada jumlah kalori yang dimakan.
Kepercayaan Karut 7 : Rendah lemak atau tanpa-lemak bermakna tanpa kalori.
Fakta: Makanan yang berlabel rendah lemak atau tanpa lemak selalunya mempunyai bilangan kalori dibandingkan dengan makanan bersaiz sama yang tidak mempunyai label seperti disebutkan.Namun begitu kebanyakkan rendah-lemak atau tanpa lemak yang telah diproses mempunyai kandungan kalori yang sama atau lebih dibandingkan dengan versi penuh lemak. Ini adalah kerana makanan yang diproses ini selalunya ditambah perasa seperti gula, tepung dan sebagainya untuk menambahkan kelazatan setelah lemak telah dibuang. Segala tambahan perasa ini akan menambahkan kalori.
Tip: Bacalah Label Fakta Nutrien yang terdapat pada bungkusan makanan untuk benar-benar ingin tahu kandungan kalori sebenarnya. Pastikan saiz hidangan tidak keterlaluan atau berkurangan.
Kepercayaan Karut 8 : Makanan segera adalah pilihan kurang sihat dan tidak harus dimakan jika ingin mengurangkan berat badan.
Fakta: Dengan sedikit ilmu, makanan segera boleh dijadikan sebahagian dari program mengurangkan berat badan.Tip: Elakkan dari memesan hidangan kombo bersaiz besar. Jika ingin juga, pastikan hidangan dikongsi dengan kawan. Minum air biasa atau susu rendah lemak. Jangan minum air manis berperisa atau berkabonat. Pilih salad atau makanan yang dipanggang seperti sandwic dada ayam atau burger bersaiz kecil. Bagi makanan digoreng berlemak dan kalori tinggi seperti kentang goreng atau ayam goreng, janganlah kerap dimakan. Pesan sekali-sekali sahaja. Bila buat pesanan, pastikan memilih saiz kecil atau jika membeli yang besar, kongsilah bersama kawan. Pastikan yang anda mengurangkan kuah atau sos berkalori tinggi yang dicampurkan seperti:
- Mayonis biasa
- Salad dressing seperti Thousand Island
- Keju
No comments:
Post a Comment