Resepi kewangan 1 - Menjejaki duit yang hilang.
Maksudnya membuat catatan kesemua perbelanjaan dan penerimaan duit. Dengan membuat catatan, ini dapat membantu mengenalpasti kemana duit itu dibelanjakan dan berapa jumlahnya. Catatan perbelanjaan boleh dilakukan dengan apa saja –guna buku 555,guna excel
Resepi Kewangan 2 - Membuat perancangan kewangan
Menguasai duit memerlukan perancangan kewangan yang baik. Keseimbangan perlu ada dalam perbelanjaan dan simpanan. Fomula keseimbangan kewangan ( Balanced money formula ) oleh Elizabeth Warren dan Amelia Tyagi adalah satu contoh yang baik untuk mengawal perbelanjaan. Di sini duit akan dibahagikan kepada 3 kategori.Keperluan 50% - barang yang mesti ada seperti rumah, makanan, pakaian dll(suplemen kira keperluan yer..hehe).Simpanan 20% - simpan untuk masa depan dan pesaraan
Kehendak 30% - membeli barang atau perkhidmatan yang kita suka tapi tidak kritikal dalam kehidupan harian. (cth:astro, internet, makan di restoran,baju,kasut)

*tapi peratusannya bergantung kepada anda.. Anda adalah chef kepada resipi anda..bukan saya..
Resepi Kewangan 3 - Jumlah perbelanjaan kurang dari jumlah pendapatan
Perbelanjaan hendaklah dikawal. Sekiranya belanja melebihi pendapatan sampai bila pun kita tidak akan dapat keluar dari belenggu hutang. Kawal perbelanjaan anda. Membeli dan berbelanja secara bijak. Tetapkan kategori belian anda, adakah ini keperluan ataupun kehendak. Kurangkan kehendak dan pelajari bagaimana untuk mendapat ketenangan dengan benda yang sedikit. ( less is more )
Resepi Kewangan 4 - Hapuskan hutang
Bayar kesemua hutang. Sama ada hutang kad kredit, hutang kereta, hutang rumah, hutang PTPTN dan sebagainya. Hutang adalah seperti api dalam sekam menunggu sahaja untuk membakar kita dengan bebanan dan komitmen yang tinggi. Dalam proses penghapusan hutang perjalanan adalah berliku-liku dan susah. Walaupun sukar ia bukanlah mustahil. Dalam proses ini tindakan drastik mahupun sukar perlu diambil untuk mencari jalan pulang. Lakukan sesuatu yang dapat membantu anda kelular dari belenggu hutang. Ikutilah jalan yang jarang anda lalui ( the road less taken ) untuk mencapai matlamat anda.

Resepi Kewangan 5 - Memberi untuk menerima
Angka adalah nombor tetapi Satu ringgit bukanlah nombor satu semata-mata. Dalam kewangan perbelanjaan dan duit melibatkan psikologi. Kita rasa lebih gembira apabila melihat duit simpanan bertambah, hutang berkurang. Namun kita juga harus belajar unutk memberi duit dengan bersedekah, membayar zakat dan sebagainya. Allah memberi rezeki kepada semua umatnya. Rasailah sendiri bagaimana perasaan anda untuk memberi tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Pemberian bukanlah dalam bentuk wang ringgit tapi boleh juga dari bentuk masa, tenaga dan perkhidmatan. Yang penting ialah keikhlasan untuk membantu dan mengharapkan balasan hanya dari allah. (zakat..sedekah..wakaf…semua ni umpama saving kita utk saham akhirat..jadi saving bukan shaja datang dlmbentuk cash…jadi rajin2 la zakat dan sedekah…lagi banyak anda keluarkan ke jalaN Allah..lagi byk yang anda dapat..trust me.bila saya amalkannya..its miracle….. ni salah satu kunci bagaimana jutawan kekal jutawan…. Bykkan memberi…Allah akanbalas berganda2)
Resepi Kewangan 6 - Mempertingkatkan ilmu kewangan
Amal tanpa ilmu adalahgila dan ilmu tanpa amal adalah sia-sia. Pelajarilah ilmu berkaitan kewangan dari buku, blog, televisyen dan sebagainya. Terdapat banyak buku berkaitan kewangan seperti azizi ali, blog kewangan seperti bebas hutang dan forum kewangan yang lain. Dalam buku Robert kiyosaki ada disebut berkaitan kepintaran kewangan ( financial intelligent ) walaupun saya tidak setuju secara keseluruhanya namun apa yang penting ialah dengan ilmu kewangan kita boleh menilai sama ada ianya berguna atau tidak.

Resepi Kewangan 7 - Menyimpan pendapatan.
Simpan duit, simpan duit, simpan duit. Simpan sebahagian duit anda untuk masa depan. Simpanlah sekurang-kurangnya 10% dari jumlah pendapatan. Ini dinyatakan sendiri oleh azizi ali dan juga buku ” Richest Man in Babylon” Simpan dulu duit anda kemudian baru berbelanja. (sekurangnya simpan 10%...bukan simpan semuanya..kalau simpan semuanya..karang jadi kedekut plak)

Dan sentiasa sematkan model ni dalam minda anda dalam mengadunkan resipi2 di atas..model perancangan kewangan secara Islam…
i) bekerja / berniaga untuk mencari duit (mencipta harta )
ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( menambah biak harta )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( lindungi harta kekayaan)
iii) membuat penamaan dalam KWSP dan menulis wasiat ( mengagih2kan harta )ii) menyimpan duit dalam tabung haji, asb, bank ( menambah biak harta )
iii) mengambil takaful / insuran nyawa, am, kesihatan ( lindungi harta kekayaan)
iv) membayar zakat, bersedekah, amal jariah ( menyucikan harta)
Tq cery
No comments:
Post a Comment