salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, July 18, 2011

Berapa Banyak Air Badan Kita Perlu?

Menurut satu web yang saya baca, badan kita terdiri daripada 60% - 70% air, dimana darah, otot, paru-paru termasuklah otak kita semuanya terdiri dengan kandungan air yang banyak. Badan kita amat memerlukan air kerana ia akan meneutralkan suhu badan dan membolehkan semua nutrien sampai ke semua organ dalam badan. Selain itu, air juga merupakan agen pengangkutan untuk oxigen sampai kepada sel-sel dalam badan, membuang bahan buangan dan melindungi sendi-sendi dan organ dalam badan.

Tetapi, berapa banyak sebenarnya kandungan air yang badan kita perlukan??
 

Sebenarnya, kuantiti air yang kita perlukan adalah bergantung kepada umur, berat badan dan juga aktiviti harian yang kita lakukan. Cuaca juga memainkan peranan dalam menentukan keperluan air dalam badan kita. Untuk itu, anda boleh menyemak cadangan pengambilan air di bawah ini, adakah anda mencukupi atau tidak.

Kanak-kanak (1 tahun dan ke atas)

Memerlukan 0.8 - 1.4L air sehari bergantung kepada umur. Untuk itu, sebagai ibu, anda perlu memastikan meminum air masak adalah perkara rutin dalam hidup anak anda. Ini kerana, kebanyakan kanak-kanak tidak sukakan air masak.


Remaja

Sekurang-kurangnya 1.6L sehari. Tetapi perlu diingat, semkan banyak aktiviti fizikal yang kita lakukan, semakin tinggi keperluan air dalam badan. Ini kerana, remaja sekarang kan semakin aktif, jadi mereka perlukan lebih banyak air.

Dewasa

Kuantiti air yang diperlukan adalah 1.5 - 2 L sehari iaitu bersamaan 8 gelas air sehari. Ini adalah bersesuaian bagi keperluan badan yang normal. Namun begitu, sekiranya anda mengambil supplement sebagai makanan tambahan, keperluan air dalam badan perlulah ditingkatkan.


Apabila Bersenam

Kebiasaanya meminum air adalah keperluan apabila kita bersenam. Dicadangkan anda meminum 1 gelas air sebelum bersenam, dan setengah gelas air bagi setiap 20 minit dalam masa anda bersenam. Selepas tamat, cuba minum air lagi untuk menggantikan air yang hilang dari badan, ketika aktiviti senaman dilakukan.


Apabila mengikuti program diet atau pengurangan berat badan.


Adalah sangat penting untuk mempertingkatkan pengambilan air dalam badan pada waktu ini. Bukan sahaja untuk keperluan dalam badan, tetapi juga sangat membantu dalam pengurangan berat badan. Jadi anda perlu minum 2 - 3L sehari untuk memastikan anda sentiasa berasa kenyang dan ia juga boleh membantu mengawal selera makan anda.

Jadi, bagaimana sekarang? Adakah anda pasti dengan pengambilan air untuk diri anda? Pastikan air yang diminum adalah air putih ya..ni air manis2, tak masuk senarai tau...

No comments:

Post a Comment