salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Friday, July 8, 2011

15 Kepercayaan Karut (Mitos) Tentang Mengurangkan Berat Badan, Nutrion dan Permakanan.

Sambungan drp entry yg sebelum ini mengenai 15 Kepercayaan Karut (Mitos) Tentang Mengurangkan Berat Badan, Nutrion dan  Permakanan.

 

Kepercayaan Karut 9 : Melangkau waktu makan ialah cara yang bagus untuk hilang berat badan.

Fakta: Kajian menunjukkan mereka yang tidak bersarapan serta makan kurang beberapa kali sehari adalah lebih berat dari mereka yang bersarapan dan makan empat atau lima kali sehari.Ini adalah mungkin kerana mereka yang melangkau waktu makan akan mudah menjadi lapar, dan makan lebih banyak dari yang patut. Ini juga mungkin kerana makan hidangan kecil beberapa kecil sehari mampu membantu mengawalkan nafsu/selera makan.

Tip: Makan hidangan kecil beberapa kali sehari tetapi pastikan yang hidangan itu terdiri daripada berbagai makanan yang sihat, rendah lemak dan rendah kalori.

Kepercayaan Karut 10 : Makan lepas pukul 8 malam menyebabkan berat badan bertambah.

Fakta: masa untuk makan tidak menjadi masalah. Apa yang penting ialah jumlah makanan yang dimakan dan betapa banyak aktiviti fizikal yang dilakukan sepanjang hari kerana ia menjadi penentu betapa anda menambah, mengurang atau menstabil berat badan. Tidak kira waktu apa anda makan, badan anda tetap akan menyimpan sebahagian kalori tambahan sebagai lemak.

Tip: Jika anda ingin makan ringan /snek sebelum tidur, nula-mula fikir dahulu berapa banyak kalori yang telah dimakan pada hari itu. Cuba untuk elakkan diri dari makan ringan/snek sambil menonton TV kerana ada kemungkinan anda akan tanpa sedar terlebih makan kerana asyik menonton.

 

Kepercayaan Karut 11 : Mengangkat berat tidak baik jika anda ingin mengurangkan berat badan kerana ia hanya akan membuat badan bertambah besar dan berotot.

Fakta: Aktiviti/senaman mengangkat berat, mendagu, `pumping’ dan `sit-up’ (termasuk segala jenis aktiviti fizikal yang lain) boleh menentukan jika anda menambah atau mengurangkan berat badan. Aktiviti seperti ini membantu membina otot – dan pembinaan otot bermakna pembakaran kalori lebih dari lemak badan. Oleh itu jika ada otot (muscle) yang banyak, bermakna anda sentiasa membakar kalori walaupun pada nasa anda sedang duduk sahaja. Melakukan aktiviti untuk menguatkan otot 2 ke 3 hari seminggu tidak akan membuat badan anda `membesar bagak’. Hanya latihan intensif (binabadan dan sukan angkat berat) boleh membina otot-otot yang besar dan berketul-ketul.

Tip:  Selain dari melakukan sekurang-kurangnya 30 minit senaman sederhana ke intensif (seperti berjalan 2 batu dalam 30 minit) untuk beberapa hari dalam seminggu, cubalah lakukan aktiviti-aktiviti menguatkan badan 2 ke 3 hari seminggu. Anda boleh:
  • Angkat berat
  • Gunakan getah besar (resistance bands)
  • Push-ups (pumping) atau sit ups
  • Lakukan kerja rumah atau berkebun seperti mengangkat dan menggali

 

Kepercayaan Karut 12 : Kekacang itu menggemukkkan dan ia tidak harus dimakan jika ingin mengurangkan berat badan.

Fakta: Bila di makan sedikit, kacang boleh membantu mengurangkan berat badan. Kacang mengandungi kalori yang tinggi dan juga lemak. Namun begitu, lemak yang terdapat pada kacang adalah dari jenis yang sihat kerana ia tidak menyumbatkan saluran jantung. Kekacang juga merupakan sumber protin, serat permakanan dan mineral yang baik.

Tip: Makanlah kacang dalam jumlah kecil. Satu pertiga cawan kekacang campuran mempunyai lebih kurang 270 kalori.

Kepercayaan Karut 13 :  Makan daging merah memudaratkan kesihatan dan ia juga mesyusahkan proses menghilangkan berat badan.

Fakta: Makan daging merah dalam jumlah yang kecil boleh menjadi sebahagian dari plan untuk mengurangkan berat badan. Daging merah, ayam dan ikan mengandungi kolesterol dan lemak tepu (jenis lemak yang paling tidak menyihatkan). Selain dari itu, ia juga mengandungi bahan berkhasiat seperti protin, zet besi dan zinc.

Tip: Pilih bahagian daging yang mempunyai kurang lemak dan pastikan yang segala lemak yang kelihatan dibuang dahulu. Hidangan daging yang rendah lemak termasuklah:
  • Stik beef round
  • Daging tenderloin (batang pinang)
  • Hujung sirloin
  • Stik flank
  • Daging kisar tanpa lemak
Ingat akan saiz setiap hidangan. Setiap hidangan  2 ke 3 auns daging yang dimasak ialah sebesar sekotak daun terup.

Kepercayaan Karut 14 : Produk tenusu adalah tidak sihat dan menggemukkan.

Fakta: Susu rendah lemak dan tanpa lemak, yogurt (dadih) dan keju mempunyai khasiat yang sama dengan produk tenusu penuh krim. Cuma bezanya ialah kandungan lemak dan kalori adalah lebih rendah.
Produk tenusu mempunyai nutrient yang badan kita perlukan. Produk tenusu menyediakan protin untuk pembinaan otot dan membantu organ-organ untuk berjalan lancar, serta kalsium yang menguatkan tulang. Kebanyakkan susu dan sesetengah yogurt diperkaya dengan vitamin D untuk membantu badan menggunakan kalsium.

Tip: Panduan Permakanan Amerika Syarikat mengesyorkan orang berumur diantara 9 ke 18 tahun dan mereka yang menjangkau 50 tahun untuk mengambil tiga hidangan susu, yogurt dan keju sehari. Dewasa yang berumur diantara 19 ke 49 memerlukan dua hidangan sehari, walaupun semasa ingin menurunkan berat badan. Satu hidangan mengandungi 1 cawan susu atau yogurt, 1 ½  auns keju asli seperti cheddar, atau 2 auns keju diproses seperti American. Pilihan produk tenusu rendah lemak dan tanpa lemak termasuklah:
  • Susu
  • Yogurt
  • Keju
  • Ais krim
Jika anda alah kepada produk tenusu (tidak berupaya menghadam laktos yang terdapat dalam produk tenusu), pilih produk yang kandungan laktosnya rendah atau makanan dan minuman yang banyak kalsium dan vitamin D (seperti di bawah)
  • Kalsium : jus buahan yang diperkaya, minuman berasaskan soya, taufu yang mengandungi kalsium sulfat, ikan salmon dalam tin, sayuran yang daunnya berwarna hijau tua.
  • Vitamin D : jus buahan yang diperkayakan, minuman berasaskan soya atau bijirin. Pendedahan pada cahaya matahari pun membantu kulit mendapatkan bekalan vitamin D walaupun jumlahnya sedikit.

 

Kepercayaan Karut 15 : Menjadi pemakan sayur-sayuran (vegetarian) sahaja akan memastikan anda dapat mengurangkan berat badan.

Fakta: Kajian mendapati yang pengamal permakanan vegetarian (sayuran sahaja) akan memakan jumlah kalori dan lemak yang lebih rendah dari mereka yang makan segala kumpulan makanan. Tidak dinafikan yang permakanan vegetarian boleh membantu mengurangkan berat badan. Tapi apa yang penting ialah pengamal permakanan vegetarian jangan tersilap memilih makanan yang tinggi lemak, berkalori tinggi atau berkhasiat rendah. Kesilapan begini boleh berlaku kepada semua.
Permakanan vegetarian mestilah memilih sayuran yang memberi khasiat seimbang. Harus juga diingatkan yang ada khasiat terdapat dari daging ternakan dan ikan yang tidak dapat dijumpai pada sayuran. Contohnya adalah seperti:
  • zat besi
  • kalsium
  • vitamin D
  • vitamin B12
  • zink
  • protin
Tip: Pilih plan permakanan sayuran yang rendah lemak serta menyediakan khasiat yang badan kita perlukan. Sumber khasiat dari makanan dan minuman yang tidak dapat digantikan dengan sayur-sayuran adalah seperti berikut:
  • Zat Besi: gajus, bayam, kacang kuda, roti dan bijirin yang telah diperkayakan.
  • Kalsium: produk tenusu, minuman berasaskan soya atau jus buahan yang diperkayakan, taufu yang diperbuat dari kalsium sulfat, sayuran yang daunnya berwarna hijau tua.
  • Vitamin D: makanan dan minuman yang diperkayakan seperti susu, minuman berasaskan soya, jus buahan dan bijirin.
  • Vitamin B12: telur, produk tenusu, bijirin diperkaya atau minuman berasaskan soya, tempe dan miso (tempe dan miso adalah diperbuat dari kacang soya)
  • Zink: whole grain ( khasnya dari jenis germ dan bran), kekacang, taufu, sayuran berdaun (bayam, kobis dan daun salad)
  • Protin: telur, produk tenusu, kekacang, kacang pis, bijian, taufu, tempe dan burger berasaskan taufu.
Jadi, adakah anda rasa anda mengamalkan cara yang betul jika anda betul-betul ingin mengurangkan berat badan anda. Pastikan anda mengamalkan amalan pemakanan yang sihat, di samping banyakkan senaman atau aktiviti-aktiviti lain yang boleh membantu proses pembakaran lemak berjalan dengan betul, sempurna dan lancar.

No comments:

Post a Comment