salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Saturday, July 2, 2011

Istimewa Solat

Salam buat semua...
Israk Mikraj adalah hari di mana Allah swt hadiahkan umat ini dgn SOLAT. Seandainya terdapat satu amalan yang sangat utama, pastinya Allah swt akan perintahkan malaikat utk melakukannya. Kerana itu, ada malaikat tugasnya rukuk shj,& ada yg sujud shj..sejak diciptakan sampailah ke hari kiamat. Terima kasih ya Allah kerana menghadiahkan kami SOLAT. Org yg menjaga solat, adalah org yg BERJAYA :)
SOLAT bukan sahaja satu perintah daripada Allah swt,
malah, ia adalah HADIAH TERBAIK daripada Allah swt untuk ummat Nabi Muhammad saw.
Kerana...
Dgn solat, ummat Muhammad saw boleh mohon apa sahaja pertolongan drpd Allah
Dgn solat, ummat Muhammad saw boleh selesaikan apa sahaja masalah.
Dgn solat, ummat Muhammad saw boleh minta apa sahaja keperluan,baik di dunia mahupun di akhirat.

No comments:

Post a Comment