salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Sunday, October 30, 2011

Power pumping

Apa itu Power Pumping?

Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

 
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.


Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Friday, October 28, 2011

Kesihatan Hati

Hati, antara organ terpenting di dalam tubuh. Ia berfungsi untuk:
  • Menukar makanan yang anda makan kepada tenaga.
  • Mengawal pembekuan darah, pengeluaran dan perkumuhan kolestrol dan mengawal penyimpanan lemak.
  • Ia menghasilkan hempedu, sat bahan yang membantu anda menghadam makanan anda dan menyerap nutrien penting.
  • Ia membantu dalam menolak jangkitan-jangkitan dengan menghasilkan faktor-faktor imun dan menyingkirkan bakteria dari dalam darah.
  • Ia menyimpan vitamin penting, tanaga dan mineral serta merembeskannya dalam darah apabila diperlukan.
Selain itu, hati memainkan peranan utama dalam proses penyahtoksikan dengan memetabolismakan dan memisahkan dadah, alkohol dan toksin-toksin alam sekitar. Jadi, apabila sistem penyahtoksikan menjadi semakin tepu, toksin terkumpul yang akan menyebabkan keletihan, sakit kepala, rasa loya dan pening, dan juga mewujudkan masalah kulit seperti jerawat.

Disebabkan itulah amat penting untuk kita memberikan perlindungan sepenuhnya yang diperlukan oleh hati anda untuk berfungsi di tahap optimum bagi membantu anda kekal sihat dan bertenaga.

Langkah-langkah Untuk Memiliki Hati Sihat

1. Makan diet yang betul, lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan kurangkan makanan berlemak.
2. Elakkan alkohol atau kurangkan pengambilannya.
3. Bersenam secara teratur.
4. Elakkan bahan cemar alam seperti penyembur serangga, cat dan asap kereta.
5. Tingkatkan kesihatan dengan pengambilan makanan tambahan.

Untuk itu, SHAKLEE menawarkan Program Bantuan Hati bagi menggalakkan fungsi hati yang sihat seterusnya meningkatkan tahap tenaga.

DTX Complex

DTX Complex merupakan satu pilihan terbaik bagi ekstrak biji milk thistle (80% silymarin) tulen yang mana ditunjukkan dalam penyelidikan dapat menyokong kemampuan tubuh menghasilkan protein bagi membantu pembentukan semula sel-sel hati. Ia juga mengandungi campuran proprietari tambahan dengan ekstrak cendawan Schizandra dan Reishi, herba-herba dengan ciri-ciri antipengoksidaan dan ekstrak Dandelion, Kunyit dan Artichoke, herba-herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu normal.


Campuran ekstrak tumbuh-tumbuhan berpaten yang terbukti secara klinikal dapat mengukuhkan imun. Juga menggalakkan fungsi imun sihat.

From: SHAKLEE TODAY (Vol. 4 2011)

Wednesday, October 26, 2011

Susu Ibu Cair?

Pendapat mengatakan susu perahan yang cair merupakan petanda susu semakin berkurangan adalah tidak benar sama sekali. Hakikatnya, susu ibu tidak sama dengan susu formula. Susu ibu memang kelihatan agak cair. Namun, tidak bermakna susu yang cair itu tidak baik. Sebenarnya, ia cukup sempurna!

Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).

Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.

Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.

Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!

Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.

Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.

Monday, October 24, 2011

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Saturday, October 22, 2011

Alfalfa bukan booster terbaik untuk ibu menyusu.

Ramai ibu yang bertukar milk booster halba a.k.a fenugreek terutama apabila suami mula menegur bau badan isterinya kurang enak. Ditambah apabila si ibu mendapati anaknya tidak serasi dengan susu badan setelah si ibu mula consume  halba. Ramai yang memilih jalan singkat dengan menukar kepada Alfalfa dan Energizing Soy protien untuk dapatkan hasil yang lumayan dan segera namun akhirnya ibu itu mengalah kerana tidak mampu mengatasi masalah tekanan dari luar disebabkan faktor bebanan kerja serta keletihan yang melampau.

Mengapa alfalfa dikatakan milk booster sebenarnya?

Ini kerana alfalfa mengandungi sumber protien dan kalsium serta galian lain yang diperlukan oleh tubuh si ibu untuk menghasilkan susuibu. Namun kandungan protien dan kalsium yang terdapat di dalam alfalfa adalah pada takat minima sedangkan ibu yang menyusu memerlukan protien dan kalsium yang lebih memandangkan ia diperlukan oleh tubuh ibu sendiri untuk membina darah dan memastikan ketumpatan tulang disamping keperluan penghasilan susuibu demi perkembangan dan pembesaran anak yang dikandung ataupun disusukan.

Namun tidak dinafikan, pengambilan Alfalfa adalah tidak digalakkan untuk diteruskan oleh ibu menyusu sekiranya ia memberi mudarat pada bayi terutama apabila mendapati bayi cirit birit serta ibu mempunyai masalah tidak lawas membuang air besar. Maka pilihan lain yang harus diambil bagi ibu yang tidak mengambil alfalfa adalah pengambilan kalsium yang mencukupi disamping pemakanan  harian diet yang kaya dengan protien.

Tahukah anda?

Protien

Komposisi utama dalam susuibu adalah protien diikuti oleh kalsium serta vitamin dan zat galian yang lain. Semasa menyusu, keperluan protien dalam badan kita akan meningkat. Jika anda kurang mengambil makanan daripada jenis protien, ini akan menjejaskan penghasilan susu ibu. Protien tambahan boleh didapati dari susu, produk tenusu, telur, daging, ikan, ayam , kacang dan bijiran serta kekacang. Bagi yang mahu mengambil supplement, pastikan anda mengambil protien yang ditulis sebagai non GMO soy kerana struktur genetik soya tidak diubah dan ianya selamat untuk jangka panjang.

Kalsium

Ramai yang memendang remeh tentang pengambilan kalsium. Kalsium hakikatnya bukan sahaja penting ketika hamil malah sangat diperlukan ketika menyusukan bayi. Hal ini kerana pada 3 bulan yang pertama, bayi bergantung sepenuhnya pada susu ibu. Kalsium diperlukan untuk menghasilkan susu. Oleh yang demikian, tambahan 1000mg kalsium diperlukan. Jadi sangat digalakkan jika si ibu meminum sekurang-kurangnya 500ml  susu [ kaedah paling senang sukat] atau apa-apa produk tenusu bagi memenuhi keperluan kalsium. sekiranya anda mengambil supplement kalsium, pastikan ianya mengandungi magnesium serta vitamin D agar penyerapan yang baik berlaku dalam badan. Kalsium tablet yang tidak mengandungi kandungan magnesium mahupun vitamin D boleh memberi risiko batu karang di dalam buah pinggang.
Cubalah Ostematrix Shaklee! anda akan rasa perbezaannya!!!!

Vitamin

Disamping itu, ibu yang menyusu memerlukan penjagaan makanan yang seimbang yang mana pengambilan vitamin dan garam mineral lain turut perlu dititikberatkan sebagai contoh vitamin A [ biasa terdapat dalam beta carotene], zat besi, folik asid, vitamin C , B complex demi memastikan keseimbangan kesihatan si ibu, susuibu yang dihasilkan dan ia turut membantu dalam penghasilan susuibu.

Air.

Elemen ini sangat penting dalam diet ibu yang menyusukan anaknya. Badan memerlukan cecair yang secukupnya. Oleh kerana itu ibu menyusu perlu minum air secukupnya. Minumlah berkadaran agar tidak menjejaskan tugas harian. Kita mempunyai 24 jam sehari...maka minumlah dengan istiqamah. Air sangat penting untuk penyerapan vitamin oleh tubuh.

Berita baik!!!!!!!!!!

Bermula 24 haribulan, Euphoria menyediakan set untuk ibu menyusu yang baru iaitu " Eu - Four  Pack ".

Set ini mengandungi 4 jenis vitamin yang penting untuk tubuh.
  • Multivitamin, 
  • B kompleks, 
  • Vitamin C serta 
  • Kalsium [ Ostematrix].
Harga untuk set ini ialah RM296* . Tetapi dapatkannya sekarang pada HARGA YG SANGAT ISTIMEWA.

Apa yang menarik dengan  Eu-Four Pack ini?

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Dapatkannya untuk kesejahteraan diri dan keluarga!

Hubungi saya untuk keterangan lanjut di 019-3160078

Kehebatan Vivix

VIVIX merupakan tonik anti-penuaan pelbagai manfaat yang sesuai untuk mereka yang menghidapi diabetes, arthritis, gout, dan macam-macam lagi. Mengandungi resveratrol yang dipercayai mampu memperbaiki DNA seterusnya mencegah penuaan berlaku dengan pantas.

Revolusi Terbaru dari Shaklee

Vivix™ Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.

Vivix ™ mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Apakah fungsi sebenar Vivix ini?


  • Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Terdapat empat mekanisma yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3,000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, tidak mengandungi alkohol dan menggunakan bahan semula jadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. Vivix juga mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Vivix berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik sekali gus mengurangkan sel penuaan. Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungan selain melawan pelbagai jenis penyakit. Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tumbuh-tumbuhan lain. 

Dengan hanya minum sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya. Minuman yang sesuai untuk lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas itu juga boleh dijadikan masker pada wajah iaitu caranya dengan menyapu dan biarkan beberapa minit untuk dilihat hasilnya.”


Walaubagaimanapun, pengambilan Vivix adalah tidak dibenarkan untuk kanak-kanak, wanita hamil dan yang sedang menyusukan bayi kerana ia mengubah DNA.


Thursday, October 20, 2011

Kebaikan Berjalan Kaki




‎..dengan hanya berjalan kaki! :


8 JENIS PENYAKIT YANG BOLEH SEMBUH...DENGAN HANYA BERJALAN KAKI! (INSYA-ALLAH)

1. Serangan Jantung
 
Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung. 

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga. 

3. Membakar Lemak

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi. 

4. Melangsingkan Badan
 
jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan. Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam. 

5. Kanser
 
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan.
Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara. 

6. Mencegah Osteoporosis
 
Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis. 

7. Mencegah Kencing Manis
 
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes. 

8. Depresi
 
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. 

selamat mencuba!
 

Tuesday, October 18, 2011

Apa itu Susu Penuh


Susu penuh adalah susu lembu yang mengandungi 3.5 hingga 3.7% lemak. Sementara itu, susu rendah lemak mengandungi di antara 1% atau 2% lemak. Perbezaan nutrisi adalah seperti diantara jenis-jenis susu adalah seperti berikut:
  • Susu rendah lemak (1%): 88 hingga 105 kalori, 0.4 hingga 2.4 gram lemak
  • Susu rendah lemak (2%): 125 kalori, 4.7 gram lemak
  • Susu penuh (whole milk) (3.7%): 155 ke 160 kalori, 9 gram lemak
Lemak adalah penting dalam banyak perkara:
  • Ianya membekalkan tenaga
  • Ianya terlibat di dalam pembentukan membran sel
  • Ianya sebagai pengangkutan bagi vitamin larut lemak seperti Vitamin A, E, D dan K
Susu penuh adalah disyorkan kepada kanak-kanak membesar. Seorang anak kecil memerlukan kalori tambahan dari susu penuh untuk tulang dan gigi yang kuat. Seorang anak kecil memerlukan antara 2 hingga 3 hidangan susu dan produk tenusu atau makanan lain yang tinggi dengan kalsium pada setiap hari.
Kalsium yang hadir dari susu penuh adalah sangat penting. Kanak-kanak membesar akan menjadi lebih aktif akan lebih gembira untuk menjelajahi dunianya. Pada masa tersebut, mereka memerlukan jumlah tenaga yang banyak dan makanan bernutrisi. Sejak awal lagi, tabiat pemakanan yang sihat dan baik adalah amat digalakkan.

Menurut Robert Steele (Pediatrik, Hospital kanak-kanak St John’s), kanak-kanak berumur dua tahun ke atas yang diberi diet yang mengandungi diet untuk kesihatan hati (28% kalori dari lemak, 10% dari lemak tepu dan rendah kolesterol) telah menunjukkan tiada kesukaran dalam pertumbuhan. Robert menambah bahawa pengambilan lemak bagi anak-anak berumur di bawah dua tahun adalah tidak perlu disekat. Untuk itu, kanak-kanak ini perlu mengambil susu penuh.

Tambahan pula, American Academy of Pediatrics (AAP), menyatakan di dalam ‘Guide To Your Child’s Nutrition’ bahawa ‘kanak-kanak memerlukan kalori daripada lemak untuk pembesaran dan perkembangan otak,’ dan ‘ini adalah penting bagi 2 tahun permulaan hidup mereka’.
Jumlah kalsium dan fosforus di dalam susu penuh adalah amat bermanfaat di dalam perkembangan dan penjagaan kesihatan gigi.

Protein yang paling banyak di dalam susu adalah kasein dan ianya berfungsi sebagai pelindung yang membentuk filamen nipis pada permukaan enamel yang mana mengelakkan kehilangan kalsium dan fosfat  daripada enamel apabila gigi didedahkan kepada asid di dalam mulut.
Kajian mencadangkan bahawa susu dapat mengurangkan kesan karsinogenik makanan kepada gigi apabila dimakan bersama di dalam diet mereka.

Bahagian Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysi memberikan sedikit tip di dalam buku mereka ‘Hidangan seimbang untuk anak-anak berusia 1 sehingga 6 tahun’ untuk ibu agar menggalakkan anak kecil untuk minum susu. Antara tipnya seperti;
  1. Biarkan si kecil memilih sendiri perisa susu yang diinginnya.
  2. Ceritakan kepada si kecil mengenai khasiat susu.
  3. Gunakan kreativiti anda dalam menyediakan susu (tambah buah-buahan berwarna-warni)
  4. Galakkan ahli keluarga anda agar minum susu.
Sentiasa mendapatkan kebenaran dari pakar pediatrik sebelum memberikan makanan kepada anak anda.

Namun bagi anak-anak yang berumur kurang dari 2 tahun adalah digalakkan minum susu ibu, kerana susu ibu adalah yang terbaik.

Rujukan:
1. American Academy of Pediatrics
2. Kementerian Kesihatan, Malaysia
3. www.milk.co.uk

Sunday, October 16, 2011

Panduan Pemakanan Untuk Kanak-kanak

Pemakanan yang seimbang dan berkhasiat adalah penting bagi membina pertumbuhan si kecil. Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis produk makanan yang di jual di pasaran. Sesetengah produk menawarkan makanan yang berkhasiat semulajadi dan ada sesetengahnya yang menawarkan produk yang diperkaya dengan khasiat makanan. 

Namun begitu terdapat juga makanan yang tidak mempunyai beberapa khasiat penting buat si kecil. Pemilihan makanan kanak-kanak adalah bergantung sepenuhnya kepada ibu bapa mereka sendiri. Pada masa kini terdapat juga makanan tambahan iaitu dalam bentuk kapsul mahupun cecair yang dijual bagi memenuhi tuntutan dan kehendak para pengguna. 

Persoalannya, adalah kanak – kanak juga memerlukan makanan tambahan ini. Tidak di nafikan makanan tambahan seperti vitamin C, vitamin B kompleks, Taurina dan lain-lain lagi turut dijual bagi kegunaan kanak-kanak. Namun sejauh manakah anak kecil memerlukan atau bergantung kepada makanan tambahan ini? 

Panduan buat ibu bapa

Di sini terdapat sedikit panduan buat ibu bapa dalam menggunakan makanan tambahan atau juga dikenali sebagai suplemen oleh Jawatankuasa Nutrisi bagi American Academy of Pediatrics:
1. Sekiranya kanak-kanak itu hanya mengambil makanan sayur-sayuran sahaja sebagai sumber makanan, maka dia perlu mengambil suplemen vitamin B12
2. Sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai kurang selera makan, maka boleh diberikan makanan tambahan yang terdiri daripada multivitamin. (harus diingat bahawa sukatan makanan tambahan ini adalah tidak melebihi dari sukatan yang disyorkan (RDA)
Makanan berkhasiat 

Pastikan ibu bapa membaca label makanan terdahulu sebelum membeli produk makanan di pasaraya. Ini kerana dengan membaca label makanan, ibu bapa akan dapat mengetahui jenis vitamin dan mineral yang terkandung di dalam produk tersebut. Malahan membeli bahan makanan yang semulajadi berkhasiat juga adalah jauh lebih baik buat si kecil. Di antara jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh kanak-kanak ialah:
Jenis vitamin: Vitamin A
Fungsi: Penting bagi mata
Sumber: Lobak merah, telur dan marjerin
Jenis vitamin: Vitamin B1
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Gandum, daging dan susu
Jenis vitamin: Vitamin B2
Fungsi: Penting bagi membekalkan tenaga kepada badan
Sumber: Susu, daging dan ikan
Jenis vitamin: Vitamin C
Fungsi: Penting bagi meningkatkan pertahanan badan terhadap penyakit
Sumber: sayuran warna hijau dan buah – buahan sitrus
Jenis mineral: Kalsium
Fungsi: Penting bagi pembentukan tulang dan gigi yang kuat
Sumber: Susu dan keju serta lain-lain produk tenusu
Jenis mineral: Zat besi
Fungsi: Penting bagi pembentukan hemoglobin bagi sel darah merah
Sumber: Ikan, telur dan ayam

Peringatan

Sekiranya ibu bapa ingin memberikan makanan tambahan kepada kanak-kanak, maka ibu bapa perlulah merujuk kepada doktor mahupun ahli farmasi terlebih dahulu. Hal ini kerana, sesetengah makanan tambahan boleh mengundang kesan sampingan kepada kanak-kanak tanpa kita sedari.

Rujukan: 

a. Kementerian Kesihatan Malaysia
b. American Academy of Pediatrics
c. Panduan Pemakanan pra-Sekolah , Nor Hashimah Binti hashim dan Aminah Binti Ayob
d. Pemakanan Seimbang untuk kanak-kanak 1-6 tahun, Jabatan Kesihatan Wilayah persekutuan Kuala Lumpur

Friday, October 14, 2011

Kenapa Vitamin C diperlukan Kanak-kanak

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang sangat diperlurkan oleh badan. Ianya juga turut dikenali dengan nama Asid Askorbik. Di kalangan kanak-kanak yang berusia antara 1 hingga 6 tahun, mereka memerlukan sekurang-kurangnya sebanyak 30 mg vitamin C dalam sehari. Manakala kanak-kanak yang berusia antara 7-9 tahun pula memerlukan sebanyak 35 mg sehari.

Vitamin C amat penting dalam pembentukan tulang. Hal ini kerana, vitamin C dapat membantu tubuh dalam pembentukan kolagen. Kolagen membantu di dalam memastikan tulang, otot, gigi serta kulit berada di dalam keadaan sihat serta kuat. Selain itu, vitamin C juga dapat membantu dalam penyerapan zat besi di dalam badan (zat besi amat penting dalam pembentukan hemoglobin darah merah). 

Vitamin C juga dikenali sebagai sumber anti oksida yang penting. Ini kerana antioksida dapat membantu dalam melindungi sel dan tisu di dalam badan termasuklah sel-sel di otak serta mata. Dengan pencemaran global yang berlaku di dunia ini, maka amat penting sekali pengambilan vitamin C di ambil oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah wajar, demi mengelakkan diri dari risiko penyakit yang berbahaya.

Sumber vitamin C 

Demi memastikan anak anda mendapat sumber Vitamin C yang mencukupi, maka anda perlu memastikan mereka menikmati pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin C. Sebagai contoh, buah-buahan segar seperti lemon dan limau. Selain itu, mereka juga boleh menikmati sayur-sayuran seperti kubis dan tomato.
Sungguhpun begitu, vitamin C adalah sejenis vitamin yang larut di dalam air. Adalah di galakkan untuk menikmati makanan seperti buah-buahan yang tidak mengalami proses memasak. Hal ini kerana, di khuatiri vitamin C tersebut akan larut di dalam air tanpa sempat kita menikmatinya.

Kekurangan vitamin C 

Tanpa kita sedari, kekurangan pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C akan dapat mengundang risiko yang berbahaya kepada kita. Sebagai contoh, pernahkah kita sedari bahawa secara tiba-tiba kita menghadapi keadaan gusi berdarah? Atau pernahkah kita terfikir mengapa kesan luka yang kita alami mengambil masa yang lama untuk pulih? 

Perkara-perkara seperti di atas sebenarnya menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mengalami kekurangan vitamin C di dalam badan. Untuk itu, amat penting sekali bagi kita memastikan agar jumlah vitamin C di dalam badan mencukupi demi penjagaan kesihatan kita seharian.

SHAKLEE juga turut menyediakan Chewable Vitamin C untuk kanak-kanak. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, boleh hubungi saya di 019-3160078 dan juga untuk mendapatkan harga istimewa.

Rujukan:
1. Kementerian Kesihatan Malaysia
2. User’s Guide to Vitamin C by Hyla Cass, and Jim English (2006)
3. FAO/WHO (2002). Vitamin C. In: Human Vitamin and Mineral Requirements. Report of a Joint FAO/WHO Expert Consultation. FAO, Rome; pp 73-86.

Wednesday, October 12, 2011

10 surah amalan

10 surah ni selalu kita baca..inilah antara fadilat2nya...moga kita lebih rajin membaca al-Quran selpas ini...

‎10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Monday, October 10, 2011

STROKE

STROKE: Remember The 1st Three Letters... S.T..R ...
My friend sent this to me and encouraged me to post it and spread the word. I agree. If everyone can remember something this simple, we could save some folks.

STROKE IDENTIFICATION:

During a party, a friend stumbled and took a little fall - she assured everyone that she was fine and just tripped over a brick because of her new shoes. (they offered to call ambulance)

They got her cleaned up and got her a new plate of food - while she appeared a bit shaken up, Ingrid went about enjoying herself the rest of the evening. Ingrid's husband called later telling everyone that his wife had been taken to the hospital - (at 6:00pm , Ingrid passed away.)

She had suffered a stroke at the party . Had they known how to identify the signs of a stroke, perhaps Ingrid would be with us today.

Some don't die. They end up in a helpless, hopeless condition instead. It only takes a minute to read this...


STROKE IDENTIFICATION:


A neurologist says that if he can get to a stroke victim within 3 hours he can totally reverse the effects of a stroke...totally. He said the trick was getting a stroke recognized, diagnosed, and then getting the patient medically cared for within 3 hours, which is tough.


RECOGNIZING A STROKE

Remember the '3' steps, STR . Read and Learn!
Sometimes symptoms of a stroke are difficult to identify. Unfortunately, the lack of awareness spells disaster.
The stroke victim may suffer severe brain damage when people nearby fail to recognize the symptoms of a stroke.
Now doctors say a bystander can recognize a stroke by asking three simple questions :

S * Ask the individual to SMILE ..

T * = TALK. Ask the person to SPEAK A SIMPLE SENTENCE (Coherently) (eg 'It is sunny out today').
R * Ask him or her to RAISE BOTH ARMS .

If he or she has trouble with ANY ONE of these tasks, call the ambulance and describe the symptoms to the dispatcher.

NOTE : Another 'sign' of a stroke is

1. Ask the person to 'stick' out their tongue.
2. If the tongue is 'crooked', if it goes to one side or the other that is also an indication of a stroke.

Saturday, October 8, 2011

Puan S berumur 26 tahun dan beliau mempunyai masalah period yang tidak teratur maka masalahnya berlarutan apabila muka penuh dengan jerawat dan dan ianya telah menjejaskan keyakinan diri puan S.

Maka, Puan S telah dicadangkan untuk mengambil 4 jenis supplement iaitu:
GLA, B com, Vitamin C dan Performance Drink ( bagi yang kurang minum air sangat perlu ambil PD )

Apakah fungsi setiap satu jenis vitamin ini :

GLA ianya mengandungi vitamin E disamping ianya berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormone di dalam tubuh badan kita. Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah.  Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.Membantu meningkatkan kesuburan. Melegakan PMS (sindrom pra-haid). Membantu dalam menangani menopaus. Menguatkan kuku dan rambut.Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri. Membantu menangai eczema.Melegakan simptom akibat artritis rheumatoid.Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.Menguatkan imuniti tubuh.Memperlahankan proses penuaan. Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung. Mengawal kencing manis dan darah tinggi. Mengawal kolesterol dan bagus untuk fungsi saraf.


B complex seperti sedia maklum....B for beauty. Vitamin B membantu mencantikkan wajah selain menampakkan seri wajah bagi mereka yang alami wajah kusam.


Vitamin C penting untuk pembinaan kolagen. Tanpa vitamin C , sel dalam tubuh mudah rosak maka bagi kulit yang banyak jerawat ambil masa yang lama untuk pulih.


Performance drink membantu memastikan kandungan gula dalam darah stabil dan badan tidak mudah hidrat. Kekurangan air dalam badan antara punca kulit wajah mengeluarkan jerawat disamping pengambilan yang tinggi lemak boleh menjejaskan kesihatan kulit.


Berapa lamakah nampak kesan? Paling awal 7-14 hari. Paling lewat 21 hari untuk kulit wajah yang cantik dan berseri! Tetapi, pengambilan perlulah diambil secara konsisten, di samping minum air yang mencukupi.



Ingin mencuba? Hubungi saya untuk konsultasi secara percuma dan untuk mendapatkan harga istimewa.

Thursday, October 6, 2011

Menyusukan Anak Lebih 2 Tahun

APAKAH hukum menyusukan anak lebih daripada dua tahun, apakah ada dalil atau hadis yang mengatakan bahawa tidak boleh menyusukan anak melebihi dua tahun?
Adakah menyusukan anak lebih daripada 2 tahun mendatangkan penyakit bagi anak yang disusukan itu kerana susu itu akan bertukar menjadi darah setelah anak lebih dari dua tahun?
 

Jawapan:
 
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya. Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah
Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.
 

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini. Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. 

Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun. Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat, penyusuan patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi. Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.


Sumber: sori, saya lupa sangat saya copy entry nie dr mana..lupe nk tulis..

Sunday, October 2, 2011

Kenali Psoriasis

Apa itu psoriasis

Seseorang yang mempunyai penyakit psoriasis biasanya akan mengalami keadaan di mana terdapat di bahagian-bahagian tertentu pada kulit mereka yang bertompok-tompok dan bersisik.
Ia biasanya terdapat pada siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian bawah belakang badan. Walau bagaimanapun, ianya boleh timbul di mana-mana permukaan kulit termasuk di bahagian sulit. Psoriasis juga boleh melibatkan kuku yang menjadi rapuh dan kekuningan dan ada juga yang mengalami masalah sendi-sendi (arthiritis).

Psoriasis sering disalah anggap sebagai penyakit kulit yang berjangkit seperti kurap tetapi ia sebenarnya tidak berjangkit. Anda tidak akan menghidap penyakit ini walaupun bersentuhan dengan pesakit psoriasis. Walau bagaimanapun, ramai beranggapan begitu oleh kerana keadaan fizikalnya yang mencacatkan rupa bentuk kulit seseorang pesakit itu.


Contoh keadaan kulit psoriasis yang jelas dipermukaan kulit(Foto www.familydoctor.co.uk)

Pesakit yang mengalami psoriasis memerlukan rawatan berpanjangan untuk mengawal penyakitnya itu tetapi mereka juga memerlukan pemahaman yang baik tentang penyakit tersebut agar tidak menjejaskan keyakinan diri mereka.
Penyelidikan terhadap penyakit ini hanya menunjukkan bahawa ianya ada kaitan dengan faktor genetik. Namun apa yang menyebabkan ianya datang, pergi dan kembali semula mungkin disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti:
*Infeksi
*Reaksi terhadap sesetengah ubat-ubatan
*Kecederaan pada kulit
*Tekanan
*Cuaca
*Lain-lain faktor seperti merokok dan pengambilan alkohol

Faktor-faktor di atas juga boleh mempengaruhi kondisi psoriasis seseorang pesakit itu menjadi semakin teruk jika tidak mendapat rawatan.

Di Malaysia, lebih kurang 2% penduduk mengalami penyakit ini dan kebanyakannya muncul di peringkat dewasa walaupun terdapat kes-kes yang melibatkan kanak-kanak dan bayi.
Psoriasis sebenarnya adalah kondisi di mana sel-sel kulit mengalami proses matang yang lebih cepat dari biasa. Jika sel-sel biasa mengambil proses kitaran selama 28 sehingga 30 hari, sel-sel kulit psoriasis pula mengambil masa 3 sehingga 6 hari sahaja.

Akibatnya sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan dengan cepat lalu menghasilkan sisik-sisik tebal yang jelas kelihatan. ianya juga mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebih lebar dan meningkatkan aliran darah.
Peningkatan bekalan darah ini menjelaskan kehadiran tompok-tompok bersisik ini dan menjadi merah apabila digaru dan mudah berdarah.

Pesakit psoriasis dan kehidupan seharian


Psoriasis boleh terdapat di mana-mana permukaan kulit 

Tidak seperti penyakit kronik yang lain, pemakanan pesakit yang mengalami psoriasis tidak berkait antara satu sama lain. Psoriasis dialami oleh semua kaum di Malaysia, contohnya, walaupun juadah makan setiap kaum amat berbeza.

Ianya juga tidak sepatutnya menjejaskan perhubungan seks sekiranya pasangan itu memahami penyakit ini.
Psoriasis juga tidak akan menjejaskan kehamilan dan proses kehamilan. Kadangkala, keadaan psoriasis mungkin akan bertambah baik sewaktu kehamilan atau sebaliknya bertambah buruk.
Walaupun terdapat kaitan genetik di dalam penyakit ini, adalah sukar untuk membuat ramalan samada anak yang dilahirkan itu akan menghidap psoriasis atau tidak. Terdapat keadaan di mana beberapa ahli keluarga menghidapi psoriasis pada masa yang sama tetapi ada juga pesakit-pesakit yang tidak mempunyai sejarah keluarga seperti itu.

Rawatan dan sokongan

Walaupun tidak ada rawatan yang boleh menyembuhkan psoriasis namun ada banyak cara untuk meredakan penyakit ini. Pelbagai ubat-ubatan seperti krim dan salap boleh didapati untuk mengawal tanda-tanda penyakit ini. Rujuklah kepada pakar kulit jika mengalami tanda-tanda psoriasis.
Jangan mengambil ubat-ubatan tanpa pengawasan doktor kerana ia boleh menyebabkan kesan sampingan yang buruk seperti kerosakan hati, buah pinggang dan sum-sum tulang.