Mengapakah ESP Shaklee ini istimewa?
Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin
berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini
dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian
klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti
protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan
oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism)
yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap
850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan
sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.
ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran
yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat
dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber
vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur -
tua dan muda. Manakala kandungna Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39
menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.
Tahukah anda?
Satu hidangan ESP ini
bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda
susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah
diserap oleh tubuh manusia.
Manfaat ESP:
1. Awet Muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku,
rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap
adalah kunci kepada awet muda.
Apa itu Asid Amino?
- Protin terdiri daripada lebih 20 jenis
asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang
berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh
tubuh manusia.
- Terdapat asid amino tertentu yang
dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai
asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan
oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai
asid-amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu
tersebut.
2. Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam
kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan
sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia
menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam
pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
4. Kulit yang cantik - Merangsang pembentukan semula kulit dan
otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian
kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan
kesan parut.
5. Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.
6. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Mengapakah Protin Penting?
Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu
dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga
merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin.
Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan
penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan
kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah
penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormonn dan akhirnya boleh
membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada
kematian.
Credit to: http://sweetbonda.blogspot.com
Berminat untuk mencuba? Berminat untuk dapatkannya? PM/SMS/Whatsapp saya di 019-3160078.
No comments:
Post a Comment