salam untuk rakan2 budiman,

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seorang mukmin selepas kematiannya akan terus mendapat ganjaran daripada amal kebaikannya iaitu melalui ilmu yang dipelajari lalu diajarkan kepada orang lain dan terus disebarkannya. Anak-anak yang soleh yang ditinggalkan. Al-Quran yang diwariskan atau masjid-masjid yang dibinanya atau rumah-rumah musafir diperjalanan yang didirikannya atau anak-anak sungai yang dialirinya atau sedekah yang dikeluarkan daripada hartanya ketika sihat dan hidupnya yang berterusan selepas kematiannya. (HR Ibnu Majah)

Terima kasih di atas sokongan kepada pihak kami yg masih mentah ini.

Selamat menjamu mata....


Monday, November 25, 2013

SHAKLEE dan ekzema bagi kanak-kanak

 
Ekzema merupakan penyakit kulit yang kerap dialami di seluruh dunia dengan 10 hingga 20 peratus terdiri daripada kanak-kanak dan satu hingga tiga peratus merupakan golongan dewasa. Ekzema atopik atau dermatitis atopic sejenis penyakit radang kulit yang mencetuskan ruam gatal hingga menyebabkan rasa sakit dan resah. 

Penyakit kulit ini merupakan jenis ekzema yang paling banyak berlaku tetapi puncanya masih samar. Faktor genetik dan persekitaran dikatakan memainkan peranan dalam berlakunya masalah kulit.
Ia boleh menjangkiti sesiapa saja, namun lebih kerap berlaku pada kanak-kanak. Penjagaan kulit kanak-kanak yang mengalami ekzema biasanya satu proses berterusan sehingga mereka dewasa.

 “Ekzema atopik satu bentuk alergi atau alahan, di mana ia berpunca daripada sistem kekebalan tubuh (imun) yang tidak normal sehingga membawa kepada kepada kerosakan kulit. 


Ia adalah suatu keadaan di mana kulit pesakit khususnya kanak-kanak menjadi gatal dan kering. Apabila kanak-kanak terasa kulitnya gatal, mereka akan menggaru dan ini merosakkan kulit dan mencetuskan kegatalan semula. Ini menyebabkan kelembapan kulit hilang menyebabkan berlakunya ekzema atopik. Bayi yang berhadapan dengan ekzema atopik akan mengalami keresahan dan sukar untuk tidur.

Daripada kes yang berlaku, kulit pesakit atopik ekzema bukan sahaja menjadi kemerah-merahan, tetapi juga bersisik, keras dan tebal terutama di bahagian tangan dan kulit yang berlipat misalnya pada bahagian siku serta lutut.

“Kulit mungkin menjadi keras dan melecet atau bernanah akibat jangkitan bakteria. Jika seorang ahli keluarga mempunyai ekzema, asma atau alahan rinitis (alahan pada debunga), anak mereka ada peluang besar untuk turut mengalaminya.
Sesetengah kanak-kanak yang ada ekzema turut mend
apat asma atau alahan rinitis. faktor persekitaran seperti cuaca dan pencemaran juga dikatakan menjadi faktor utama penyakit ini.


Bagaimana Shaklee membantu anda?

Untuk bayi eczema yang masih menyusu susu ibu :


-Ibu disarankan cuba amik 2 biji alfalfa sehari. Jika ada nampak berkesan positif, maka boleh diteruskan.
-Walau bagaimanapun, jika terdapat kesan negatif, ibu disarankan memberhentikan pengambilan Alfalfa.
-Selain itu ibu yang menyusu, boleh cuba amik 2 biji vitamin C sebiji pagi dan sebiji malam untuk bantu bina dinding sel yang sihat.

Bayi berusia 1 tahun ke atas : 


MealShake Shaklee
  • Anak boleh mengambil Meal Shake. Campurkan sedikit dengan minuman anak.
  • Sapu herbal cream. Herbal blend ni mengandungi bahan2 supermoist dimana ia mengikat moisture dlm kulit kita. Walau bagaimanapun, herbal blend ini juga mengandungi menthol, jadi perlu disapu nipis2 sahaja. Jika ada kesan negatif, hentikan penggunakan.
  • Pastikan anak minum banyak air masak.
  • Beri anak minum jus buah-buahan, yogurt dan buah potong.






* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.  

** Testimoni ini adalah pengalaman sendiri dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila konsult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

No comments:

Post a Comment